Kemalangan Melibatkan Autoclave
Safety alert ini bertujuan untuk:
- memberi kesedaran kepada pengendali autoclave terhadap bahaya stim panas akibat mesin autoclave yang terjatuh semasa beroperasi
- memberi panduan keselamatan semasa menempatkan autoclave
Pada 1 September 2010, lebih kurang jam 10.00 pagi, satu kemalangan yang melibatkan seorang pegawai kesihatan dengan mesin autoclave telah berlaku di klinik pergigian Pertang di Sungai Durian daerah Jelebu, Negeri Sembilan. Kemalangan berlaku semasa proses sterilization dijalankan dan kemalangan ini telah mengakibatkan mangsa melecur akibat terkena wap panas daripada autoclave yang terjatuh ke lantai dan pintunya telah terbuka. Hasil dari siasatan mendapati bahawa stim panas telah mengenai sebahagian dari badan mangsa dan sebelah tangan. Kejadian ini berlaku diakibatkan oleh ruang kelegaan yang tidak mencukupi untuk meletakan mesin autoclave di atas meja di bilik sterilizer. Ini secara tidak langsung menyebabkan mesin autoclave yang beroperasi tidak stabil dan mudah mendatangkan hazad kepada orang yang berada berhampiran dengan mesin tersebut.
Gambarajah 1: Lokasi lantai autoclave terjatuh
Cadangan yang perlu dilakukan bagi mengelakan kejadian seperti ini daripada berulang:
- Hazad pengendalian autoclave perlu dikenalpasti dan penaksiran risikonya perlu dilakukan.
- Menyediakan ruang kelegaan yang mencukupi untuk tapak autoclave.
- Menyediakan meja trail yang beroda sebagaimana yang disediakan oleh pihak pembekal bagi memastikan ruang untuk tapak autoclave adalah mencukupi dan stabil.
- Tidak meletakkan sebarang objek di atas autoclave semasa ianya sedang beroperasi.
- Operator yang mengendalikan autoclave perlu mendapatkan latihan berkenaan prosedur penggunaa autoclave yang betul dan selamat.