doshheaderbm

Breadcumb Caption
  • Arkib Info KKP
  • 2011
  • Kemalangan Maut Yang Melibatkan Kren Menara jenis Luffing
Breadcumb Caption
  • Arkib Info KKP
  • 2011
  • Kemalangan Maut Yang Melibatkan Kren Menara jenis Luffing

Kemalangan Maut Yang Melibatkan Kren Menara jenis Luffing

Pada bulan Mei 2011, satu kemalangan maut melibatkan sebuah kren menara jenis Luffing di sebuah tapak pembinaan di Kuala Lumpur. Kemalangan tersebut telah menyebabkan dua mangsa maut akibat terkena hentakan bum kren yang jatuh dan patah. Ketika kejadian, kren itu sedang mengangkat 2 tan bahan binaan dan operator kren yang kompeten sedang dalam proses mengangkat bum. Penyiasatan mendapati semasa proses menaikkan bum kren, bum kren sebaliknya telah turun dengan perlahan – lahan tanpa kawalan sebelum jatuh tiba-tiba dengan pantas. Bum kren telah membengkok dengan teruk dan terputus pada bahagian kimpalan boom butt akibat dari kemalangan tersebut. Luffing wirerope juga didapati telah terkeluar semuanya dari Luffing winch dan putus pada wire rope termination yang berada pada bahagian sisi winch drum tersebut. Kedudukan Luffing Winch drum juga telah teranjak dari kedudukan asal akibat dari kemalangan tersebut.

Gambar 1.0 : Menunjukkan kerosakan pada struktur utama bum selepas kemalangan

Langkah Keselamatan:

  1. Prosedur, arahan dan garis panduan membaiki dan menyelenggara komponen utama dan komponen keselamatan setiap kren haruslah di sediakan dengan terperinci dan diberikan kepada pekerja yang menjalankan kerja tersebut.
  2. Syarikat yang menjalankan kerja penyenggaraan ke atas komponen keselamatan, win dan komponen penggerak utama kren menara hendaklah memastikan kerja tersebut dijalankan oleh orang yang terlatih, terampil dan berpengalaman.
  3. Jurutera atau penyelia kanan hendaklah menyelia kerja – kerja penyenggaraan yang dilakukan oleh para pekerja.
  4. Pihak penyenggara haruslah menjalankan pemeriksaan berkala secara terperinci keatas setiap komponen kren yang penting untuk memastikan kerja tersebut dilakukan seperti di dalam arahan kerja. Keputusan pemeriksaan hendaklah direkodkan dan disimpan untuk pemeriksaan jika diminta.
  5. Alat penunjuk beban hendaklah di kalibrasi selepas kerja – kerja pemasangan kren selesai untuk memastikan alat tersebut berfungsi dengan sempurna.

Cetak Emel