doshheaderbm

Breadcumb Caption
  • Arkib Info KKP
  • 2014
  • Kejadian Letupan Di Stor Penyimpanan Baja Dan Bahan Agrokimia
Breadcumb Caption
  • Arkib Info KKP
  • 2014
  • Kejadian Letupan Di Stor Penyimpanan Baja Dan Bahan Agrokimia

Kejadian Letupan Di Stor Penyimpanan Baja Dan Bahan Agrokimia

bkf 012014
Gambarfoto: Pemandangan menunjukkan kesan letupan stor penyimpanan baja dan bahan agrokimia

Satu kejadian letupan berlaku di sebuah bangunan yang dijadikan stor penyimpanan baja dan bahan agrokimia – racun rumpai, racun serangga, racun perosak dan racun kulat. Kesan letupan telah mengakibatkan keruntuhan bangunan, menyebabkan kerosakan yang besar kepada bangunan bersebelahan, kaca berkecai dan panel pintu di banyak premis berhampiran dalam jarak 400-500 meter radius. 20 orang termasuk empat kanak-kanak yang cedera dan mereka kebanyakannya menerima rawatan pesakit luar. Bangunan tersebut digunakan untuk menyimpan baja dan bahan kimia pertanian. Siasatan menunjukkan bahawa sebelum kejadian itu, terdapat kerja-kerja kimpalan dijalankan untuk memasang rak tambahan berhampiran dengan di mana Natrium klorat dan ammonium nitrat telah disusun. Adalah dipercayai bahawa berlakunya kebakaran kecil bermula dari aktiviti kerja panas dan akhirnya telah membawa kepada satu siri letupan.

Berikutan dengan kejadian ini, adalah disyorkan langkah-langkah keselamatan berikut diambil tindakan :

  1. Memastikan bangunan yang digunakan sebagai stor baja atau agrokimia mempunyai sistem pengalihudara yang sesuai untuk mengurangkan sebarang habuk yang berterbangan serta kehadiran gas;
  2. Kerja-kerja pembersihan hendaklah secara berterusan dan bahan-bahan perlu disimpan dengan cara yang sistematik. Disyorkan bahawa pembersihan habuk hendaklah menggunakan alat penyedut habuk (vacuum cleaner) yang sesuai untuk kegunaan industri yang berkenaan dan benar-benar efisien. Ini untuk memastikan habuk agrokimia terampai di udara dalam tahap yang minima;
  3. Untuk mengelakkan dari sebarang tumpahan dan kontaminasi, guni hendaklah ditutup rapat , diperbuat dari bahan yang kalis air atau minyak serta tidak mudah koyak atau rosak semasa dalam penyimpanan, penggunaan dan pengedaran;
  4. Menjalankan pemeriksaan secara rutin untuk mengenalpasti apa-apa tumpahan bahan kimia dan membersihkan tumpahan yang dilihat atas permukaan lantai, dinding dan sebagainya dengan serta merta;
  5. Memastikan guni yang mengandungi Ammonium Nitrate dialihkan ke kawasan lain yang selamat serta membersihkan mana-mana perkakas yang mungkin telah dicemari dengan Ammonium Nitrate sebelum menjalankan apa-apa aktiviti kimpalan;
  6. Sodium Chlorate merupakan agen pengoksida yang kuat, walaubagaimanapun ia bukanlah jenis bahan yang merbahaya. Bahaya akan timbul sekiranya :-
    1. Ia dicampur dengan bahan yang berpotensi dijadikan sebagai bahan api termasuk kertas, habuk kayu dan gula;
    2. Cara penyimpanan yang mendedahkan ia kepada haba yang tinggi seperti api yang membakar; dan
    3. Ia dicampur dengan asid atau lain-lain bahan kimia
    Oleh yang demikian, kaedah penstoran Sodium Chlorate serta kerja-kerja kimpalan hendaklah mengambilkira faktor-faktor diatas.
  7. Palet kayu tidak sepatutnya digunakan sebagai alas guni yang mengandungi Sodium Chlorate kerana selain dari mempunyai sifat mudah terbakar, penggunaan berterusan palet kayu juga boleh menyebabkan ia diresapi oleh Chlorate yang akhirnya menjadi risiko mudah terbakar dan boleh menjadi punca api. Jika palet kayu tersebut didapati telah tercemar dengan Chlorate maka ianya boleh dibakar di kawasan yang terpencil di bawah kawalan tertentu;
  8. Menjalankan penaksiran risiko sebelum menjalankan apa-apa aktiviti pengubahsuaian premis yang ada melibatkan kerja-kerja merbahaya seperti kimpalan atau pendawaian elektrik;
  9. Memastikan maklumat, arahan, panduan dan latihan di samping penyeliaan yang berkesan diberikan kepada pekerja-pekerja yang terlibat dalam kerja-kerja pemunggahan dan apa-apa juga aktiviti bukan rutin yang merbahaya seperti kimpalan dan kerja-kerja elektrikal;
  10. Makanan, minuman serta makanan haiwan perlu di simpan jauh dari kawasan penyimpanan baja dan bahan kimia pertanian. Mendirikan tempat penginapan berhampiran dengan stor penyimpanan oleh keluarga terutamanya kanak-kanak adalah tidak digalakkan; dan
  11. Sentiasa berhubung dengan jabatan atau agensi kerajaan yang berkenaan tentang amalan-amalan standard yang selamat tentang penyimpanan dan penyusunan bahan kimia pertanian terutamanya bahan kimia pertanian yang berisiko tinggi seperti mudah terbakar dan tahap penguraian yang tinggi jika terdedah pada haba.

Rujukan:-

  1. Storage and Use of Sodium Chlorate and other similar strong oxidants, Guidance Note CS3 - www.hse.gov.uk
  2. Storing and Handling Ammonium Nitrate, HSE Leaflet INDG230 - www.hse.gov.uk

Cetak Emel