Bum Kren Menara Bengkok
Keadaan bum kren menara yang terlibat dalam kejadian
Penyiasatan dan pemeriksaan ke atas komponen kren bagi kes ini dijalankan dan fokus utama diberikan kepada komponen-komponen bum yang telah gagal iaitu pada sambungan antara seksyen-seksyen bum dan juga sambungan antara pendant dengan bum.
- Tumpuan pemeriksaan berkala yang dijalankan oleh pemunya perlu diberikan pada setiap sambungan seksyen-sekyen bum, terutamanya ke atas komponen penyambung seperti pin dan cotterpin.
- Komponen-komponen yang rosak, cacat atau tidak memenuhi spesifikasi pembuat tidak boleh dipasang sehingga tindakan pembetulan sepatutnya telah diambil.
- Pin yang digunakan pada setiap sambungan antara seksyen-seksyen bum perlu dipalang dengan cotterpin bagi memastikan ianya lekap dan tidak mudah tercabut.
- Cotterpin yang digunakan hendaklah berada dalam keadaan yang baik dan tidak berkarat supaya ia dapat mengunci pin dengan sempurna dan tidak longgar.
- Integriti pengganding (coupler) yang terdapat pada setiap seksyen bum perlu dipastikan berada dalam keadaan yang baik, tidak terjejas dan berpandu kepada spesifikasi seperti di dalam rekabentuk oleh pembuat. Ini supaya ianya dapat memegang pin dan cotterpin dengan kukuh dan selamat.
- Kaedah penyambungan pengganding pada seksyen bum (kimpalan) hendaklah diperiksa berada dalam keadaan baik berpandukan kepada spesifikasi oleh pembuat.