Kegagalan Bolt & Nut Pada Slewing Ring Bagi Kren Menara
Figure 1: Tower Crane At the Accident Area.
Hasil penyiasatan awal, didapati bahawa kegagalan bolt & nut pada slewing ring telah menyebabkan bahagian boom, slewing table dan kabin terjatuh ke bawah. Keselamatan kren, terutamanya komponen kritikal seperti bolt & nut, sensor beban (load sensor) dan tali dawai (wire rope) adalah dalam proses pemeriksaan.
- Pemilik harus memastikan penunjuk beban (load indicator) dipasang pada kren menara dan sentiasa berfungsi secara automatik untuk memberi amaran yang boleh didengar dan dilihat kepada operator apabila kren menghampiri beban kerja yang selamat;
- Pemilik harus memastikan semua kren menara dikendalikan oleh operator yang kompeten dan berdaftar;
- Slewing ring harus diperiksa untuk retakan kimpalan apabila dirombak dan sebelum setiap pemasangan;
- Bolt & nut yang mempunyai tegangan yang tinggi harus digantikan mengikut syor pembuat. Komponen tersebut perlu diperiksa dan diganti mengikut syor pembuat sekiranya terdapat sebarang kecacatan;
- Ikatan bolt & nut harus diketatkan dengan menggunakan torque wrench, berpandukan kaedah yang ditetapkan oleh pembuat; dan
- Pemeriksaan serta kerja-kerja penyenggaraan kren haruslah dijalankan oleh firma kompeten yang berdaftar.
- Health and Safety Executive, 2007 High Tensile Bolt Connections on Tower Crane, United Kingdom
- Code of Practice for Safe Use of Tower Cranes
- Tom Barth, March 2008, Modern Contractor Solutions Summerville, SC