Satu kejadian yang melibatkan keruntuhan struktur bumbung kanopi yang sedang dalam proses pemasangan di sebuah kompleks telah berlaku pada jam lebih kurang 11.00 pagi, 2 Febuari 2015 di Kota Kinabalu , Sabah. Beberapa orang pekerja yang terlibat dengan kerja-kerja pemasangan struktur tersebut telah mengalami kecederaan dan salah seorang dari mereka telah dilaporkan meninggal dunia di hospital. Kejadian ini juga menyebabkan struktur bumbung kanopi tersebut mengalami kerosakkkan yang teruk dan sambungan struktur bumbung kanopi ke rasuk bangunan telah patah dan tercabut.
Punca punca kejadian keruntuhan struktur bumbung kanopi dikenalpasti disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Salah tafsir pada rekabentuk struktur bumbung kanopi;
- Maklumat sambungan di dalam lukisan pembinaan tidak tepat;
- Rekabentuk sambungan tidak dapat menampung berat struktur;
- Jumlah bolt yang tidak mencukupi untuk menampung beban yang dikenakan;
- Saiz dan kedalaman bolt tidak mencukupi untuk menampung beban yang dikenakan;
- Pemasangan pada sambungan yang tidak memenuhi kaedah pemasangan yang selamat;
- Bahan yang digunakan untuk pembinaan struktur bumbung kanopi yang substandard;
- Kualiti kerja pembinaan yang rendah menyebabkan sambungan tidak dapat mencapai kebolehupayaan maksimum;
- Nilai kekuatan struktur konkrit lebih rendah daripada nilai kekuatan rekabentuk.