Breadcumb Caption
    Breadcumb Caption

      page and link language

      Select a news topic from the list below, then select a news article to read.

       

      Suspendisse neque consectetuer id mi Proin Donec et Sed ac facilisis. Rutrum id tristique lobortis velit enim Phasellus nec justo ac urna. Nunc magna lorem Quisque pretium in Nam pretium mauris convallis nisl. Malesuada et gravida odio diam id quis turpis a quam Nam. Quisque dis hendrerit Curabitur lobortis iaculis.

      Carta Organisasi

      Pengenalan

      Objektif

      SEKSYEN TOKSIKOLOGI DAN PENAKSIRAN RISIKO KIMIA

      SEKSYEN KONVENSYEN DAN PENYELARASAN KIMIA KEBANGSAAN

      Bahan kimia digunakan secara meluas di seluruh dunia termasuklah di Malaysia kerana penggunaan bahan kimia dapat membantu untuk memperbaiki kehidupan seharian dan mendatangkan pelbagai faedah kepada manusia. Dari sudut pandangan ekonomi, industri bahan kimia di Malaysia mengalami pertumbuhan export sebanyak 23.8% pada tahun 2010 berbanding tahun 2009, menjadikan jumlah export bahan kimia keseluruhan sebanyak RM 40.82 billion. Jumlah ini menyumbang kepada 6.4% jumlah export keseluruhan Malaysia pada tahun 2010. Sementara itu, pengimportan bahan kimia ke Malaysia juga menunjukkan jumlah yang ketara dengan menyumbangkan RM 45.3 billion (8.6%) kepada jumlah import negara.

      Walaupun dapat membantu memperbaiki kehidupan harian, sesetengah bahan kimia boleh mendatangkan ancaman kepada keselamatan dan kesihatan manusia dan juga persekitaran. Statistik dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Malaysia menunjukkan peningkatan dari 32 kes ke 102 kes penyakit pekerjaan yang dikaitkan dengan pendedahan kepada bahan kimia berbahaya kepada kesihatan di antara tahun 2007 dan 2009. Jumlah pampasan yang telah dibayar kepada pekerja dalam tempoh yang sama juga menunjukkan peningkatan yang ketara di mana jumlah pampasan pada tahun 2007 yang dianggarkan sebanyak RM 25,000 telah meningkat kepada RM 260,000 pada 2009.

      Antara beberapa contoh bahan kimia yang telah dibuktikan berbahaya kepada kesihatan melalui kajian adalah asbestos, benzene dan formaldehid. Agensi seperti The U.S. Department of Health and Human Services, the EPA, dan The International Agency for Research on Cancer (IARC) telah mengelaskan asbestos sebagai bahan yang boleh menyebabkan kanser kepada manusia. Di Malaysia, asbestos digunakan secara meluas sebagai bahan binaan, mendedahkan dan meningkatkan risiko penyakit seperti kanser paru-paru dan asbestosis kepada sekumpulan besar pekerja industri negara. Benzena pula, salah satu bahan yang digunakan untuk menghasilkan polimer dan plastik, juga telah dikelasifikasikan sebagai bahan kimia karsinogen oleh agensi-agensi yang sama. Satu lagi bahan kimia yang baru dikelaskan sebagai karsinogen oleh IARC pada tahun 2011 ialah formaldehid, bahan kimia yang sering digunakan untuk menghasilkan bahan pelekat di negara ini. Jumlah pekerja yang terlibat dalam pembuatan dan pengendalian bahan-bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan adalah amat besar dan disebabkan itu, kebajikan mereka perlulah dititik beratkan.

      Di sinilah kami, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, perlu memainkan peranan untuk melindungi pekerja dan juga orang ramai secara tidak langsung. Sebarang isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dikaitkan dengan bahan kimia boleh dikurangkan secara meneyeluruh melalui pengurusan dan pengendalian bahan kimia yang terancang. Tambahan itu, pihak kerajaan melalui Jabatan ini sedang mengiatkan usaha untuk menguatkuasakan undang-undang serta mengedarkan garis panduan yang berkaitan dengan penggunaan bahan kimia secara selamat di tempat kerja. Semua peraturan-peraturan dan garis panduan yang berkaitan telah disenaraikan seperti di bawah dan maklumat lanjut berkaitan setiap topik boleh diakses melalui pautan hiper yang berkenaan.

      The department enforcement activities ....................

      .


      new

      Berikut adalah senarai panduan dan prosedur bagi kelulusan dan kebenaran yang diproses oleh Jabatan :