Breadcumb Caption
  • Seranta Awam Atas Talian
  • KONSULTASI HALA TUJU GUIDELINES ON STORAGE OF HAZARDOUS CHEMICALS: A GUIDE FOR SAFE WAREHOUSING OF PACKAGED HAZARDOUS CHEMICALS
Breadcumb Caption
  • Seranta Awam Atas Talian
  • KONSULTASI HALA TUJU GUIDELINES ON STORAGE OF HAZARDOUS CHEMICALS: A GUIDE FOR SAFE WAREHOUSING OF PACKAGED HAZARDOUS CHEMICALS

KONSULTASI HALA TUJU GUIDELINES ON STORAGE OF HAZARDOUS CHEMICALS: A GUIDE FOR SAFE WAREHOUSING OF PACKAGED HAZARDOUS CHEMICALS

KONSULTASI HALA TUJU GUIDELINES ON STORAGE OF HAZARDOUS CHEMICALS: A GUIDE FOR SAFE WAREHOUSING OF PACKAGED HAZARDOUS CHEMICALS

1.         Latar Belakang

1.1       Guidelines On Storage Of Hazardous Chemicals: A Guide For Safe Warehousing Of Packaged Hazardous Chemicals diperkenalkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Malaysia (JKKP) pada tahun 2005.

1.2       Garis panduan ini disediakan oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan JKKP bersama-sama wakil-wakil industri seperti Chemical Industries Council of Malaysia dan 3 M Malaysia Sdn. Bhd.

1.3       Garis panduan ini memberikan panduan praktikal dan nasihat mengenai cara mematuhi:

i.          Seksyen 15 (1) & (2) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 berkenaan dengan tanggungjawab majikan dan orang yang bekerja sendiri terhadap pekerja mereka;

ii.         Peraturan 15 Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan) 2000 (Peraturan USECHH) berkenaan dengan tanggungjawab majikan untuk mengawal bahan kimia berbahaya kepada kesihatan di tempat kerja semasa penyimpanan;

iii.        Peraturan 7 Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kawalan Terhadap Bahaya Besar Dalam Perindustrian) 1996 berkenaan dengan tanggungjawab majikan untuk mengenal pasti dan memberi makluman mengenai aktiviti industri.

1.4       Garis panduan ini juga menyenaraikan langkah-langkah praktikal mengenai reka bentuk, pembinaan, operasi dan penyelenggaraan kawasan penyimpanan dan bangunan yang digunakan untuk menyimpan bahan kimia berbahaya dalam pakej seperti dram, silinder gas, botol, kotak, bekas isipadu besar pertengahan (intermediate bulk containers - IBC) dan guni.

1.5       Sejak diperkenalkan, garis panduan ini tidak pernah dikemaskini.

1.6       Sebelum membuat sebarang keputusan untuk memperkenalkan perubahan kepada garis panduan ini, JKKP berpendapat bahawa adalah lebih sesuai untuk mengadakan konsultasi dengan orang awam mengenai keperluan mengkaji semula garis panduan ini.

1.7       Selepas menerima maklum balas orang awam mengenai perkara ini, JKKP akan mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk memastikan garis panduan ini masih dapat mencapai objektifnya.

1.8       Konsultasi ini dilaksanakan di bawah inisiatif Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2021-2025 (OSHMP25) Teras Strategik 1 (TS1): Pemerkasaan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di Sektor Awam, Program 1 (P1): Memartabatkan Dasar dan Perundangan KKP, Aktiviti 2 (A2): Menyemak keberkesanan akta, dasar, peraturan dan tataamalan secara berkala.

1.9       Garis panduan ini boleh didapati di pautan berikut:

            https://www.dosh.gov.my/index.php/legislation/guidelines/chemical/617-03-guidelines-on-storage-of-hazardous-chemicals-a-guide-for-safe-warehousing-of-packaged-hazardous-chemicals-2005/file

2.         Tujuan Konsultasi

2.1       Konsultasi ini meminta pandangan mengenai sama ada garis panduan ini masih relevan dan boleh digunakan untuk mencapai objektif yang disebutkan di atas.

2.2       Konsultasi ini juga meminta pandangan mengenai sama ada peruntukan-peruntukan yang sedia ada dalam garis panduan ini mencukupi dan sama ada peruntukan-peruntukan ini perlu disemak semula supaya pendekatan yang diambil dalam menangani isu-isu yang termasuk di bawah garis panduan ini dikemaskini.

2.3       Dalam sesi konsultasi ini, JKKP juga meminta pandangan mengenai sama ada terdapat keperluan untuk melaksanakan perubahan atau penambahbaikan kepada ruang lingkup, subjek, isu dan liputan garis panduan ini.

2.4       Kami juga ingin mendengar pandangan orang awam mengenai sama ada liputan dan pendekatan untuk perkara-perkara di bawah ini masih sah dan diterima.

i.          Pengenalan dan Komunikasi Hazard

ii.         Hazard Kimia

iii.        Lokasi dan Reka Bentuk Kawasan Penyimpanan

iv.        Pengurusan Gudang

v.         Keadaan Kecemasan

3.         Metodologi Konsultasi

3.1       Konsultasi awam ini terbuka kepada semua. Walau bagaimanapun, JKKP mengharapkan konsultasi ini menarik minat pengeluar, pembekal dan pengedar bahan kimia.

3.2       Pemberitahuan akan dipaparkan di laman web JKKP meminta orang awam untuk memberi pandangan mengenai sama ada garis panduan yang sedia ada masih relevan dan sama ada JKKP patut mengkaji semula garis panduan tersebut.

3.3       Orang awam diberi tempoh satu (1) bulan, bermula dari 20 Disember 2023 hingga 19 Januari 2024 untuk memberi maklum balas. Konsultasi ini akan ditutup pada 20 Januari 2024.

3.4       Semua maklum balas hendaklah diserahkan menggunakan borang maklum balas dalam talian. Ini adalah cara yang paling berkesan bagi JKKP untuk mempertimbangkan dan menganalisis respons secara menyeluruh. Pautan kepada borang maklum balas dalam talian adalah seperti berikut: https://forms.gle/UukbQn6KUFosFTrM7

3.5       Sekiranya memerlukan penerangan lanjut, sila hubungi Dr. Ramuna binti Mohamed melalui e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau En. Abdul Muhaimin bin Abdullah di talian 017-6242284 atau e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

 

Cetak Emel