- HUBUNGI KAMI
- Soalan Lazim
Kesihatan Pekerjaan
a. | Muat turun borang pembaharuan dari laman sesawang www.dosh.gov.my | ||||||||||||||
b. | Isikan borang berkenaan. | ||||||||||||||
c. |
Lengkapkan pihak JKKP dengan dokumen dan keterangan berikut:
|
||||||||||||||
d. | Hantar permohonan ke alamat: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia, (Kementerian Sumber Manusia) Aras 1, 3, 4 & 5 Blok D4, Kompleks D Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62530 Putrajaya |
Doktor Kesihatan Pekerjaan adalah BUKAN PAKAR KESIHATAN PEKERJAAN KECUALI telah diwartakan sebagai Pakar dalam bidang Kesihatan Pekerjaan oleh Jabatan Kesihatan Awam, Pejabat Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Kementerian Kesihatan Malaysia, menurut Perintah 27, Bab F, Perintah Am pelantikan Pegawai Perubatan sebagai Pakar.
Alamat jabatan yang berkenaan untuk pewartaan Pakar Kesihatan Pekerjaan adalah:
Unit Kualiti dan Piawaian,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 8, Blok E10, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 W.P. Putrajaya
Tel: 03-88834022 Fax: 03-88834017
a. |
Muat turun borang pembaharuan dari laman sesawang www.dosh.gov.my
|
||||||||||||
b. | Isikan borang berkenaan. | ||||||||||||
c. |
Sertakan sekali:
|
||||||||||||
d. | Hantar permohonan ke alamat: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia, (Kementerian Sumber Manusia), Aras 1, 3, 4 & 5 Blok D4, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62530 Putrajaya |
i. | Sarjana Kesihatan Masyarakat (Occupational Health) UKM 4 tahun. |
ii. | Sarjana Sains Kemasyarakatan (Occupational Health) UKM 18 bulan. |
iii. | Diploma Siswazah Kesihatan Pekerjaan/DSKP, UKM. |
iv. | Sarjana Kesihatan Masyarakat (Occupational Health) USM 4 tahun. |
v. | Sarjana Kesihatan Masyarakat (Occupational Health) UM 4 tahun. |
vi. | *Masters of Science (Occupational Health), London. |
vii. | *Masters of Science in Occupational Medicine, Singapore. |
viii. | *Masters of Medicine (Occupational Medicine/Public Health), Singapore. |
ix. | *Masters of Public Health (Occupational Medicine), Wisconsin USA. |
x. | *Masters in Occupational Health, Philippine. |
xi. |
*Diploma in Industrial Health from any University in United Kingdom.
|
xii. |
*Post Graduate Diploma or Masters of Health Science (Occupational Medicine, Health & Safety), Edith Cowan, Perth Australia.
|
xiii. | *Diploma in Industrial Health, Singapore. |
xiv. | *Diploma in Industrial Health, Otago New Zealand. |
xv. | *Diploma in Industrial Health, Toronto, Canada |
xvi. | *Diploma in Occupational Health, Sydney, Australia. |
xvii. |
*Associate, Member or Fellow of the Faculty of Occupational Medicines, Royal College of Physicians of London.
|
xviii. |
*Licentiate Member or Fellow of the Faculty of Occupational Medicines, Royal College of Physicians of Ireland.
|
xix. |
Telah berjaya menamatkan kursus Kesihatan Pekerjaan yang di luluskan Ketua Pengarah dan telah lulus peperiksaan DKP yang dikendalikan oleh pihak NIOSH Malaysia, Bangi.
|
* Calon DIWAJIBKAN hadir kursus peraturan USECCH 2000 yang dikendalikan oleh pihak NIOSH Malaysia, Bangi.
|
Tiada bayaran dikenakan setakat ini.
DKP boleh mengambilnya dari JKKP Ibupejabat atau JKKP Cawangan Negeri.
i. |
Didapati terdapat salah laku, salah amalan dan kecuaian atau melanggar etika-etika perubatan atau telah disenaraihitam oleh Majlis Perubatan Malaysia.
|
ii. |
Telah terbukti dikenakan denda di bawah Akta atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya.
|
iii. |
Mengemukakan maklumat atau keterangan palsu/salah kepada pihak JKKP, majikan dan kilang (DKP boleh dikenakan tindakan mahkamah jika didapati memberikan maklumat/keterangan palsu).
|
iv. | Mengemukakan maklumat/keterangan tidak lengkap. |
v. |
Memaksa atau menghasut pihak kilang / majikan membuat ujian-ujian tidak perlu bagi tujuan mendapat keuntungan di pihak DKP (terdapat konflik kepentingan diri sendiri).
|
vi. |
Tidak dapat memberi justifikasi secara jelas kenapa ujian-ujian tidak berkenaan dijalankan (Justifikasi mesti diperolehi daripada buku-buku rujukan dan Jurnal Kesihatan Pekerjaan/Persekitaran yang boleh dipercayai).
|
vii. |
Didapati gagal menjalankan kerja - kerja sebagai DKP seperti dalam peraturan USECHH 2000 dan Garispanduan Pengawasan Perubatan.
|
viii. |
Ingkar memberi kerjasama dengan para pegawai JKKP (Kementerian Sumber Manusia) apabila diminta.
|
ix. |
Didapati tidak aktif menjalankan kerja-kerja keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
|
x. | Telah berhenti sebagai Pengamal Perubatan. |
xi. | Gagal dalam sesi temuduga oleh pegawai-pegawai JKKP. |
xii. | Didapati tidak layak untuk didaftarkan sebagai DKP. |
xiii. |
Atas sebab-sebab tertentu, tertakluk atas arahan Ketua Pengarah JKKP.
|
xiv. | Telah meninggal dunia. |
Penyakit pekerjaan dan keracunan pekerjaan yang perlu dilaporkan kepada JKKP dinyatakan dalam senarai di bawah Jadual Ketiga (Keracunan Pekerjaan Dan Penyakit Pekerjaan) Dalam Peraturan- Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan Dan Penyakit Pekerjaan) 2004. Peraturan ini boleh dimuat turun melalui pautan di bawah:-
http://www.dosh.gov.my/index.php?option=com_docman&task=doc_download&gid=521&Itemid=181&lang=en
Pelaporan keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan boleh dilakukan dengan mengisi Borang JKKP 7 (Laporan Mengenai Keracunan Pekerjaan/Penyakit Pekerjaan) dan menghantarkannya ke pejabat JKKP Negeri/Cawangan yang terdekat. Borang ini boleh didapati daripada pautan di bawah: -
http://www.dosh.gov.my/index.php?option=com_docman&task=doc_download&gid=501&Itemid=941&lang=en
Notifikasi penyakit dan keracunan pekerjaan secara atas talian (eJKKP7) telah tersedia di laman sesawang: http://ejkkp7.dosh.gov.my/ejkkp7
Majikan kepada pekerja atau setiap pengamal perubatan berdaftar atau pegawai perubatan yang merawat, atau dipanggil untuk melawat seseorang pesakit yang dipercayai menghidap sesuatu keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan perlu melaporkan sesuatu keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan tersebut kepada JKKP.
Keperluan untuk melaporkan keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan merangkumi industri yang dinyatakan dalam Jadual Pertama, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP 1994) seperti yang disenaraikan di bawah: -
- Pengilangan
- Perlombongan dan Penguarian
- Pembinaan
- Pertanian, Perhutanan dan Perikanan
- Kemudahan (Elektrik, Gas, Air dan Perkhidmatan Kebersihan)
- Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi
- Perdagangan Borong dan Runcit
- Hotel dan Restoran
- Kewangan, Insurans, Harta Tanah dan Perkhidmatan Perniagaan
Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Berkanun
Sesuatu keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan hendaklah dilaporkan kepada pejabat JKKP negeri/cawangan yang terdekat dalam tempoh 7 hari (tujuh hari bermaksud tujuh hari kalendar, termasuk cuti yang jatuh dalam tempoh tujuh hari tersebut).
Proses membuat keputusan secara amnya terdiri daripada lima langkah:
Langkah 1:Untuk menentukan samaada kes telah berlaku, iaitu, samaada terdapat kematian, kejadian berbahaya, keracunan, penyakit atau kecederaan.
Langkah 2:Untuk memastikan bahawa kes tersebut berkaitan dengan pekerjaan, adalah akibat daripada sesuatu peristiwa atau pendedahan di persekitaran kerja.
Langkah 3:Untuk menentukan samaada kes tersebut adalah kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan.
Langkah 4:Dan jika kes tersebut adalah keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan, maka pelaporan dilakukan dengan menggunakan Borang JKKP 7, rekod dan semak kategori keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang bersesuaian pada Borang JKKP 8.
Langkah 5:Atau jika kes tersebut adalah kematian, kecederaan badan yang serius atau kejadian berbahaya, laporkan kes itu dengan kadar segera melalui cara yang paling cepat, kemudiannya menghantarkan laporan bertulis menggunakan borang JKKP 6 dalam tempoh tujuh hari bersama-sama dengan rekod kes lain dalam bentuk JKKP 8.
Maklumat lanjut mengenai notifikasi kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan dan penyakit pekerjaan boleh didapati dalam garispanduan daripada pautan di bawah: -
Penyakit-penyakit/gangguan pendengaran yang berkaitan bunyi bising adalah tertakluk di bawah Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004 dan Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Pendedahan Bunyi Bising) 1989. Bagi tujuan ini, kehilangan pendengaran akibat bunyi bising (NIHL), kecacatan pendengaran, anjakan ambang standar kekal dan trauma akustik yang timbul daripada pendedahan bunyi bising di tempat kerja perlu dinotifikasi kepada pejabat JKKP cawangan negeri yang terdekat.
Borang yang diperlukan untuk mengisi adalah:
USECHH 1- Untuk diberi kepada majikan dan satu salinan untuk disimpan Doktor Kesihatan Pekerjaan (DKP).
USECHH 2- Untuk diberi kepada majikan.
USECHH 3- Untuk diberi kepada majikan.
USECHH 4- Untuk diberi kepada majikan dan satu salinan untuk dihantar ke Bahagian Kesihatan Pekerjaan, JKKP
USECHH 5i dan 5 ii - Jika terdapat apa-apa keputusan yang tidak normal yang berkaitan dengan pengawasan perubatan dijalankan, DKP perlu mengemukakan salinan bersama-sama dengan USECHH 4.
Jabatan tidak menetapkan kadar bayaran untuk Pengawasan Perubatan. Ia berdasarkan permintaan pasaran. Salah satu cara yang disarankan adalah untuk berunding dengan pengamal Doktor Kesihatan Pekerjaan bagaimana mereka mengenakan kadar bayaran kepada pelanggan mereka dalam Pengawasan Perubatan yang dijalankan. Selain daripada itu, Doktor kesihatan Pekerjaan juga boleh menggunapakai Garis Panduan Jadual Bayaran Perubatan 2013 yang dikeluarkan oleh MMA.