- HUBUNGI KAMI
- Soalan Lazim
Kelulusan Kelengkapan Perlindungan Diri (KPD) DOSH SIRIM
Perundangan yang berkaitan dengan mendapatkan kelulusan KPD adalah sebagaimana yang termaktub di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan peraturan-peraturan di bawahnya iaitu Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan) 2000 dan Peraturan - Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019.
JKKP akan mengkaji perkara berikut -
(a) Pendekatan bertahap untuk mengurangkan beban industri
(b) Membolehkan pengelompokan produk dari jenis yang sama.
(c) Mengurangkan beban kepada industri dari segi kos (ujian produk & audit kilang) dan masa.
Ia melibatkan semua produk KPD yang digunakan di tempat kerja, termasuklah produk KPD yang diimport dan dibuat di dalam negara.
Jenis KPD yang memerlukan kelulusan daripada Ketua Pengarah JKKP merangkumi pelindungan pernafasan, badan, pendengaran, mata, tangan, kaki, dan kepala selaras dengan keperluan Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan) 2000 dan Peraturan - Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019.
Tarikh penguatkuasaan adalah seperti di bawah:
- Pelindung kepala dan kaki- bermula 1 Jun 2020
- Pelindung pernafasan (particulate filter) - bermula 1 Jun 2021
- Pelindung badan(Abah-abah dan aksesori) - bermula 1 Jun 2021
- Lain-lain jenis KPD-bermula 1 Jun 2022
- Pelindung pernafasan (selain particulate filter)
- Pelindung pendengaran
- Pelindung mata (bahaya kimia)
- Pelindung tangan (bahaya kimia)
- Pelindung badan (bahaya kimia)
Majikan perlu memastikan semua penggunaan KPD di tempat kerja mempunyai label pensijilan DOSH-SIRIM. Keperluan untuk pembekal atau pembuat KPD mendapatkan kelulusan DOSH-SIRIM telah diperkenalkan oleh DOSH pada tahun 2016.
KPD tanpa kelulusan JKKP dibenarkan untuk digunakan sehingga habis tempoh masa penggunaannya. Pembelian KPD selepas itu, perlulah mempunyai kelulusan JKKP dengan label DOSH-SIRIM.
Sila rujuk https://mykkp.dosh.gov.my/> Log masuk ke MySKUD > Pendaftaran dan Pembaharuan Kelengkapan Pelindung Diri (KPD).
Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk carta alir kelulusan DOSH-SIRIM.
Sila rujuk laman web http://www.dosh.gov.my> Pusat Maklumat KKP> Senarai Kelulusan dan Kebenaran atau terus ke pautan ini
Sila rujuk laman sesawang http://www.sirim-qas.com.my atau terus ke pautan ini https://www.sirim-qas.com.my/our-services/product-certification/personal-protection-equipment-scheme /
Pada masa ini JKKP hanya mengiktiraf lesen pensijilan produk dan laporan ujian dari SIRIM QAS International Sdn. Bhd. sahaja.