Struktur bumbung sebuah stadium yang sedang dipotong untuk dirobohkan telah runtuh di Terengganu mengakibatkan kecederaan kepada lima orang pekerja. Rajah 1 menunjukkan keadaan umum struktur bumbung selepas kemalangan.
Rajah 1. Gambaran panorama struktur bumbung selepas kemalangan.
Cadangan Penambahbaikan:
- Kerja meroboh bangunan atau struktur kejuruteraan hendaklah mematuhi kehendak Akta Kilang dan Jentera (Pindaan 2007), terutamanya Peraturan-peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-kerja Binaan Kejuruteraan) (Keselamatan).
- Kerja meroboh juga perlu berpandukan kepada Malaysian Standard – MS 2318:2012: Demolition of buildings – Code of practice (first revision) selagi ianya tidak bertentangan dengan kehendak perundangan.
- Kontraktor hendaklah membuat perancangan kerja yang menyeluruh dengan menyediakan pernyataan kaedah (methodstatement) bagi kerja meroboh, yang mencakupi beberapa perkara (tetapi tidak terhad) berikut:
- Pelan lokasi
- Maklumat bangunan sedia ada
- Susun atur bangunan
- Prosedur merombak dan turutan operasi
- Langkah keselamatan
- Pengurusan puing
- Pertimbangan keselamatan khusus
- Trafik
- Perkiraan pasca-perobohan.
- Pernyataan kaedah ini hendaklah disemak dan disahkan oleh jurutera professional.
- Sebarang perubahan terhadap pernyataan kaedah yang dicadangkan oleh kontraktor kerja meroboh hendaklah dirujuk kepada jurutera professional dan perubahan ini hendaklah direkod, disemak dan disahkan semula.
- Kerja-kerja perobohan hendaklah dilakukan oleh kontraktor yang berdaftar sebagai kontraktor kerja meroboh dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia.