19 Jun 2023
Pihak Jabatan telah dijemput untuk mengadakan pameran dan menyampaikan taklimat sempena Kempen Keselamatan, Kesihatan dan Alam Sekitar di FGV Transport Service Sdn. Bhd. Depot Kuantan, Gebeng.
Agensi Kerajaan yang turut serta antaranya JAS (Jabatan Alam Sekitar Kuantan), PERKESO, Hospital Kemaman & DMMC yang menjalankan pemeriksaan kesihatan dan derma darah kepada pekerja yang terlibat.
Terima kasih di atas undangan & Tahniah kepada pihak penganjur kerana kempen tersebut berjalan lancar dengan jayanya.