BANGI, 14 Ogos 2024-Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah menganjurkan Konvensyen Stepwise OSH Level Verification and Enhancement for Small and Medium Enterprise (SOLVE 4 SME) Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 bertempat di Bangi Avenue Convention Centre, Selangor.
KESUMA melalui JKKP memperkenalkan satu program yang bersistematik iaitu Verifikasi dan Peningkatkan Aras KKP Secara Berperingkat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana atau juga dikenali sebagai program SOLVE 4 SME untuk meningkatkan tahap pengurusan KKP di PKS.