1 Mac 2023
Kunjungan Hormat Tuan Pengarah JKKP Sarawak, Ir Dr. Nor Halim bin Hasan bersama-sama pegawai JKKP Sarawak ke Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), YBhg. Datu Dr. Muhammad Abdullah Bin Haji Zaidel. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menerangkan maklumat berkaitan jabatan kepada pihak kerajaan negeri serta menjalinkan kerjasama terutama dalam meningkatkan tahap KKP di Sektor Awam.
Jutaan penghargaan terima kasih kepada Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) kerana sudi menerima kunjungan pihak JKKP Sarawak.