Lawatan Kerja Timbalan Menteri Sumber Manusia selaku Pengerusi Majlis Negara Bagi Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MNKKP) ke Tapak Projek Merdeka 118.
Satu pembentangan mengenai projek Merdeka 118 telah disampaikan oleh YM Dato' Ab. Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif PNB @ Merdeka Ventures Sdn. Bhd.
Seterusnya lawatan ke tapak diadakan bersama YB Ts Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Tuan Ir Hj Mohd Hatta bin Zakaria, Ketua Pengarah JKKP, Pengarah-Pengarah JKKP serta pegawai-pegawai KSM.