KUALA LUMPUR, 28 Ogos 2024-Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) telah menganjurkan Ekspo Inovasi dan Teknologi Memperkasakan Pengurusan KKP Nasional bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Ekspo yang dihadiri oleh 500 orang peserta daripada pelbagai sektor industri, syarikat pempamer teknologi serta pengunjung ekspo ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Haji Mohd Hatta bin Zakaria, Ketua Pengarah JKKP Malaysia.
KESUMA melalui JKKP menggalakkan penggunaan pelbagai teknologi terkini dengan memasukkan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti.