PUTRAJAYA, 5 Julai 2024-Operasi SPARK (Sebaran Perundangan AKKP Revolusi KKP Negara) telah diadakan pada hari ini. Operasi ini diketuai oleh YBrs. Ir. Haji Mohd Hatta bin Zakaria, Ketua Pengarah JKKP Malaysia. Turut sama hadir sepanjang operasi ini ialah Hj. Nor Zamzuri bin Md Nor, Timbalan Pengarah (Operasi) JKKP WP Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Operasi ini diadakan bagi mengetahui keberkesanan strategi hebahan Jabatan berkaitan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 yang telah berkuat kuasa pada 1 Jun 2024.
Operasi SPARK ini juga telah berlangsung selama 10 hari bermula pada 12 Jun 2024 sehingga 27 Jun 2024 serentak di seluruh negara.