PERSIDANGAN KEMUNCAK BAGI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN BERSAMA SYARIKAT-SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN (GLC OSH SUMMIT)
PETALING JAYA, 1 Oktober 2024-Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) dan SD Guthrie Berhad telah menganjurkan Persidangan Kemuncak bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Bersama Syarikat-Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC OSH Summit) pada 1 Oktober 2024 bertempat di SD Guthrie Leadership Centre, Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Majlis perasmian yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Abdul Rahman Bin Mohamad, Timbalan Menteri Sumber Manusia ini dihadiri oleh 200 orang peserta yang terdiri daripada Pengurusan Tertinggi Syarikat GLC dan Pegawai JKKP.
Bertemakan ‘Memperkasa dan Meningkatkan Prestasi KKP melalui Pematuhan’, penganjuran persidangan ini merupakan inisiatif bagi mewujudkan kerjasama dan kolaborasi ke arah memastikan pengurusan KKP di kalangan GLC bertambah kukuh dan efektif.