Program Stepwise OSH Level Verification & Enhancement for Small & Medium Enterprise atau lebih dikenali sebagai SOLVE 4 SME bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Peringkat Negeri Perak telah diadakan pada 7 Jun 2023 bertempat di Hotel Travelodge, Ipoh, Perak. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah JKKP Perak, Dr. Rabaayah Daud.
Program ini turut disempurnakan dengan majlis penyampaian sijil oleh Pengarah JKKP Perak, Dr. Rabaayah Daud kepada wakil-wakil syarikat yang telah menyertai program SOLVE 4 SME bagi tahun 2022.