YB Ts. Mustapha Sakmud Timbalan Menteri Sumber Manusia telah merasmikan Seminar dan Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Kebangsaan 2023 (KeJaRI 4.0) di Bangi Avenue Convention Centre pada hari ini.
Dalam usaha kerajaan untuk menjadikan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan sebagai satu agenda penting negara dalam melahirkan tenaga kerja yang berpengetahuan dalam aspek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh JKKP. Antaranya ialah menerusi pelaksanaan program seperti hari ini iaitu Seminar dan Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Kebangsaan yang bertemakan Keselamatan Jentera dan Revolusi Industri 4.0
Pembentangan Statistik Kemalangan dan Penyakit Pekerjaan Negara 2022 pula bertujuan mengumumkan secara rasmi statistik kemalangan dan penyakit pekerjaan negara bagi tahun 2022. Statistik ini merangkumi kadar kecederaan pekerjaan, kadar kecederaan maut pekerjaan dan jumlah pelaporan penyakit pekerjaan yang berlaku di negara kita pada tahun 2022.