doshheaderbm

Breadcumb Caption
  • Sumber
  • Arkib
  • Arkib Berita
  • 2011
  • Roller coaster belum beroperasi
Breadcumb Caption
  • Sumber
  • Arkib
  • Arkib Berita
  • 2011
  • Roller coaster belum beroperasi

Roller coaster belum beroperasi

Utusan Malaysia, 26 November 2011

MELAKA 25 Nov. - Kedudukan projek 'roller coaster' di tebing Sungai Melaka terus menimbulkan tanda tanya apabila gagal beroperasi walaupun sudah siap dibina hampir dua tahun lalu.

Tinjauan mendapati, sebahagian trek 'roller coaster' sepanjang 335.5 meter itu sudah berkarat manakala gerabak berkenaan terbiar dan dipenuhi habuk.

Ketua Ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mohd. Yusof Hassan yang meninjau projek itu berkata, ia sepatutnya sudah boleh menerima kunjungan pelancong terutama ketika musim cuti sekolah yang bermula Isnin lalu.

"Sudah hampir dua tahun berlalu, sepatutnya 'roller coaster' ini menjadi produk pelancongan tambahan kepada yang sedia ada di pinggir Sungai Melaka iaitu Eye On Melaka, Pirate Ship dan Trampoline Bungee.

"Musim cuti sekolah sudah bermula dan sepatutnya ia dapat dimanfaatkan sebaiknya untuk menarik pelancong," katanya di sini.

Beliau difahamkan tapak permainan berkenaan masih belum mendapat kelulusan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) kerana mempunyai beberapa masalah teknikal.

"Sekiranya tapak permainan ini tidak menepati ciri keselamatan tertentu, sepatutnya pengendali 'roller coaster' berkenaan mengambil inisiatif mengatasinya sejak dahulu lagi dan tidak membiarkannya begitu saja," katanya.

Cetak Emel