doshheaderbm

Breadcumb Caption
  • Sumber
  • Arkib
  • Arkib Berita
  • 2012
  • Kilang minyak pelincir kenderaan musnah
Breadcumb Caption
  • Sumber
  • Arkib
  • Arkib Berita
  • 2012
  • Kilang minyak pelincir kenderaan musnah

Kilang minyak pelincir kenderaan musnah

Utusan Online, 24 Ogos 2012

Kilang minyak pelincir kenderaan musnahAnggota bomba dan penyelamat bertungkus lumus memadamkan kebakaan di sebuah kilang membuat minyak pelincir di Masai, Pasir Gudang, Johor Bahru, semalam.

PASIR GUDANG 23 Ogos - Sebuah kilang memproses minyak pelincir kenderaan musnah dalam kebakaran di Taman Perindustrian Kota Puteri, Masai, di sini hari ini.

Kejadian pada pukul 4.19 petang tersebut dipercayai berpunca dari bahagian bawah premis dua tingkat tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Johor, Hamid Suari berkata, pihaknya terpaksa menggunakan semburan air buih untuk mengawal kebakaran, namun sehingga pukul 8 malam ini, api masih lagi marak.

"Ia kerana bahan yang terdapat dalam kilang itu merupakan minyak pelincir yang likat dan susah untuk dipadamkan apabila terbakar.

"Bomba juga menghadapi masalah tekanan air rendah yang turut menjejaskan operasi memadam," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Hamid menjelaskan, ketika pihak bomba tiba pada pukul 4.30 petang, api sedang marak dan kesemua pekerja kilang berkenaan termasuk pemiliknya, Voon Lin Yau, 62, berjaya menyelamatkan diri.

Tambah beliau, kebakaran itu turut menyebabkan berlaku beberapa letupan kecil.

"Setakat ini, anggaran kemusnahan dan kerugian belum dapat dipastikan," ujarnya.

Beliau menambah, sebanyak enam buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Johor Jaya dan Pasir Gudang bersama 38 anggota terlibat dalam operasi tersebut.

Cetak Emel