doshheaderbm

Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Letupan Dan Kebakaran Di Kilang Bioteknologi


Gambarajah 1: Siling rosak teruk akibat letupan
Baru-baru ini berlaku satu kejadian letupan dan kebakaran di sebuah kilang bioteknologi. Kemalangan berlaku di dalam woksyop memproses produk pemanis. Kemalangan ini berlaku ketika pekerja pengeluaran sedang menuang serbuk produk pemanis ke dalam sebuah reaktor yang berisi ethanol. Ketika itu, api muncul dari dalam reaktor, menyambar pekerja yang berada berdekatan seterusnya menghasilkan satu letupan. Letupan tersebut menyebabkan kerosakan teruk kepada woksyop tersebut terutamanya siling dan dinding. Kemalangan ini menyebabkan seorang pekerja cedera parah manakala 3 pekerja lain cedera.
Cadangan

Gambarajah 2: Keadaan reaktor selepas insiden
1.
Hazard and operability studies (HAZOP) mestilah dilakukan ke atas sistem proses yang melibatkan percampuran antara bahan serbuk (bersaiz kurang dari 420 mikron diameter) dan cecair mudah terbakar sebelum proses pengeluaran dimulakan.
2.
Majikan hendaklah membekalkan pekerja peralatan perlindungan diri yang sesuai seperti baju kalis api dan elektrostatik, respirator dan sarung tangan untuk mengelakkan dari cas elektrostatik dan terhidu gas toksik.
3.
Majikan hendaklah memastikan pekerja memakai peralatan peralatan perlindungan diri yang sesuai ketika kerja penyenggaraan.
4.
Satu sistem memasukkan produk dari serbuk halus bersaiz kurang dari 420 mikron diameter ke dalam reaktor yang berisi ethanol hendaklah direkabentuk dengan selamat bagi mengelakkan pekerja tersentuh dengan aktiviti yang boleh mendatangkan hazad. Di samping itu, pekerja adalah dilarang dari menjalankan aktiviti menuang sendiri serbuk halus ke dalam reaktor yang berisi cecair ethanol.
5.
Setiap aktiviti proses pengeluaran mestilah dikawal selia oleh seorang pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang terlatih terutamanya dalam mengenalpasti hazad kebakaran dan letupan yang boleh terhasil dari aktiviti proses pengeluaran.
Rujukan
»
http://en.wikipedia.org/wiki/Electrostatic_discharge
»
http://www.esda.org/
»
http://www.esdjournal.com/

Cetak Emel