doshheaderbm

Breadcumb Caption
  • Sumber
  • Arkib
  • Arkib Info KKP
  • 2012
  • Lif Elektrik – Potensi Masalah Brek
Breadcumb Caption
  • Sumber
  • Arkib
  • Arkib Info KKP
  • 2012
  • Lif Elektrik – Potensi Masalah Brek

Lif Elektrik – Potensi Masalah Brek


Rajah 1 : Contoh tipikal pengiraan brek elektromagnet pada motor elektrik

Safety alert ini adalah untuk mana-mana orang yang terlibat dalam pemasangan, pemeriksaan, pengujian dan penyenggaraan lif elektrik. Terdapat beberapa inciden (pada tahun 2011 dan 2012) di mana brek elektromagnet gagal untuk berfungsi dengan baik , menyebabkan kar lif tiba-tiba jatuh. Kemalangan mungkin disebabkan oleh kegagalan pad brek digunakan; pelocok(dalam peranti elektromagnetik) tersekat dan gagal untuk menutup lengan tuil brek; dan lengan tuil pin pivot tersekat ketika diaktifkan kerana beberapa kerosakan.

Cadangan Tindakan:

Oleh itu tindakan yang dicadangkan adalah seperti berikut:

  • Syarikat penyelenggaraan lif perlu memastikan bahawa pelinciran yang sepatutnya digunakan pada mana-mana bahagian yang bergerak, terutamanya pada sistem brek elektromekanikal. Aktiviti ini perlu merujuk kepada manual lif dan pengilang yang berkaitan mengenai butir-butir penyelenggaraan yang diperlukan (contohnya jenis penyelenggaraan, bahagian/ titik penyelenggaraan, jenis pelinciran, selang frekuensi, dan lain-lain)
  • Sistem dokumentasi yang sewajarnya perlu wujud bagi perlaksanaan tersebut. Ini juga akan memberikan ketelusan dan membolehkan pemeriksaan audit bagi memastikan integriti program penyelenggaraan yang dilaksanakan
  • Penyelia harus memantau dan memeriksa kerja yang dijalankan serta menilai kefahaman juruteknik yang menjalankan tugas bagi memastikan tugas yang dijalankan adalah sempurna dan mematuhi kehendak kod piawai atau standard yang digunakan
  • Kursus ulangkaji teknikal pada pelarasan yang betul, oiling, pemeriksaan, dan ujian mekanisme brek elektromagnet hendaklah dijalankan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kakitangan servis lif dan
  • Mekanisma brek elektromagnetik harus diuji dan diperiksa setiap tiga bulan oleh orang kompeten lif yang berdaftar dengan jabatan. Pemerhatian harus direkodkan di dalam buku daftar lif.

Rujukan :

  • Howkins, R.E. 2006. Lift modernisation design guide. Elevator World, Alabama, USA.
  • Annet, F.A. 1989. Elevators – electric and electrohydraulic elevators, escalators, moving sidewalks, and ramps. McGraw-Hill, New York, USA.
  • Janovsky, L. 1999. Elevator mechanical design, 3rd edition, Elevator World, Alabama, USA.

Cetak Emel