Pemasang Dan Pembuka Jentera Mengangkat
-
Penerangan/Tanggungjawab
-
Perundangan
-
Permohonan
- Seksyen 31B Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP 1994) telah menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh memasang siap, memasang, mendirikan, membuka, menguji, memeriksa, menyenggara, membaiki atau menservis apa-apa loji atau kelengkapan kawalan kejuruteraan yang dinyatakan dalam Akta dan Peraturan–Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Loji Yang Menghendaki Perakuan Kelayakan) 2024 kecuali telah berdaftar sebagai Orang Kompeten (Syarikat) sepertimana ditetapkan oleh Ketua Pengarah.
- Seksyen 31C Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP 1994) bagitujuan kawal selia pendaftaran dan pembaharuan pendaftaran orang kompeten, Ketua Pengarah menentukan syarat-syarat pendaftaran dan pembaharuan orang kompeten sebagaina yang dinyatakan di dalam Panduan Permohonan ini.
- Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Akta 514
- Peraturan–Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Loji Yang Menghendaki Perakuan Kelayakan) 2024
- Peraturan-Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Fi Bagi Pendaftaran Orang Kompeten Dan Penyedia Latihan Berdaftar) 2024
- Garis Panduan Pendaftaran Dan Pembaharuan Pendaftaran Orang Kompeten 2024
Permohonan pendaftaran dan pembaharuan boleh dibuat secara atas talian melalui sistem MySKUD. Sila log masuk melalui Single Sign On (SSO) platform dipautan http://mykkp.dosh.gov.my