Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Penyelia Keselamatan Tapak Bina

  • “Penyelia Keselamatan Tapak” adalah Orang Kompeten yang dilantik oleh Kontraktor prinsipal kerja pembinaan untuk membantunya dalam mematuhi kewajipan yang dikenakan ke atasnya sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kerja Pembinaan) (Reka Bentuk dan Pengurusan) 2024.
  • Seseorang yang ingin mendaftar sebagai penyelia keselamatan tapak bina hendaklah -

    A.      warganegara Malaysia yang mempunyai sekurang-kurangnya diploma dalam bidang kejuruteraan atau arkitek atau bidang berkaitan pembinaan, dan telah menghadiri kursus penyelia keselamatan tapak bina di pusat pengajar yang berdaftar dengan JKKP, dan telah lulus peperiksaan penyelia keselamatan tapak bina yang dikendalikan oleh NIOSH atau institusi yang diiktiraf oleh JKKP; atau

    B.      warganegara Malaysia yang mempunyai sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman sebagai penyelia tapak bina atau formen tapak bina, dan telah menghadiri kursus penyelia keselamatan tapak bina di pusat pengajar yang berdaftar dengan JKKP, dan telah lulus peperiksaan penyelia keselamatan tapak bina yang dikendalikan oleh NIOSH atau institusi yang diiktiraf oleh JKKP; atau

    C.      warganegara Malaysia yang telah mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh tahun pengalaman sebagai penyelia tapak bina atau formen tapak bina; dan telah lulus peperiksaan penyelia keselamatan tapak bina yang dikendalikan oleh NIOSH atau institusi yang diiktiraf oleh JKKP;

    Untuk makluman, Jabatan telah menetapkan beberapa kelayakan tambahan bagi pendaftaran SSS. Kelayakan pendaftaran tambahan tersebut ialah-

    D.      warganegara Malaysia yang telah lulus peperiksaan pegawai keselamatan dan kesihatan (SHO) di NIOSH tetapi belum boleh berdaftar sebagai SHO kerana kurang tiga (3) tahun pengalaman, dengan syarat tambahan iaitu -

                                     i.            mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua belas (12) bulan dalam bidang pembinaan; atau

                                   ii.            menghadiri modul 6 (construction safety) bagi kursus SSS; atau

                                  iii.            menghadiri kursus penyelia tapak bina (site supervisor) yang dijalankan oleh CIDB.

    E.       warganegara Malaysia yang mempunyai sekurang-kurangnya diploma keselamatan dan kesihatan pekerjaan atau yang setaraf dengannya dari mana-mana badan profesional atau institusi yang diluluskan oleh Jabatan, dengan syarat tambahan iaitu -

                                     i.            mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya enam (6) bulan dalam bidang pembinaan; atau

                                   ii.            menghadiri modul 6 (construction safety) bagi kursus SSS.

    Walau bagaimanapun, kelayakan pendaftaran tambahan ini hanyalah bersifat sementara untuk tempoh masa yang akan ditetapkan, dan ia boleh ditarik balik mengikut ketetapan yang akan ditentukan oleh Ketua Pengarah.

Tags: Competency, SSS

Cetak Emel