Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Pengapit


  • "Menjalankan penaksiran risiko bahan kimia berbahaya kepada kesihatan"
  • Kelayakan

    Pilihan 1:
    1. Hygienist Industri yang diiktiraf
    2. Lulus peperiksaan Penaksiran Risiko kepada Kesihatan (CHRA)- Bahagian II yang dikendalikan oleh NIOSH
    Pilihan 2:
    1. Ijazah / Diploma Lanjutan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Keselamatan Pekerjaan, Kesihatan Pekerjaan atau Kesihatan Industri / Higien Pekerjaan
    2. Menghadiri kursus Penaksiran Risiko kepada Kesihatan (CHRA)
    3. Lulus peperiksaan Penaksiran Risiko kepada Kesihatan (CHRA) - Bahagian II yang dikendalikan oleh NIOSH
    4. Minimum 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
    Pilihan 3:
    1. Ijazah Perubatan, Kejuruteraan, Fizik, Kimia, Biokimia, Ergonomik atau Sains Tulen & Sains Gunaan
    2. Menghadiri kursus Penaksiran Risiko kepada Kesihatan (CHRA)
    3. Lulus peperiksaan Penaksiran Risiko kepada Kesihatan (CHRA) yang dikendalikan oleh NIOSH
    4. Minimum 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
    Pilihan 4:
    1. Ijazah Sains (Persekitaran & Kesihatan Pekerjaan) dari UPM – bermula Januari 2006
    2. Lulus peperiksaan Penaksiran Risiko kepada Kesihatan (CHRA) yang dikendalikan oleh NIOSH
    3. Minimum 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
    Pilihan 5:
    1. Diploma Perubatan, Kejuruteraan, Fizik, Kimia, Biokimia, Ergonomik, Sains Tulen & Sains Gunaan atau Kejururawatan
    2. Menghadiri kursus Penaksiran Risiko kepada Kesihatan (CHRA)
    3. Lulus peperiksaan Penaksiran Risiko kepada Kesihatan (CHRA) yang dikendalikan oleh NIOSH
    4. Minimum 3 tahun pengalaman kerja dalam bidang Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
    Prosedur
    • Sekiranya permohonan memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki, pemohon akan didaftarkan sebagai Pengapit.
    • Tempoh kelulusan adalah 3 tahun.

Cetak Emel