Berdasarkan kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dibawah Seksyen 15 (2) (b) adalah menjadi tanggungjawab majikan untuk pembuatan perkiraan bagi menjamin, setakat yang praktis, keselamatan dan ketiadaan risiko kepada kesihatan berkaitan dengan penggunaan atau pengendalian, penanganan, penyimpanan dan pengangkutan loji dan bahan. Jabatan telah mengeluarkan Garispanduan Penilaian Risiko Ergonomik untuk membantu majikan dalam membuat perkiraan bagi memastikan tiada risiko ergonomik kepada kesihatan pekerja dalam mengendalikan aktiviti kerja yang terlibat. Melalui garispanduan tersebut, penilaian risiko ergonomik perlu dijalankan oleh orang yang terlatih ergonomik. Bagi memastikan kualiti orang yang terlatih ergonomik mencapai tahap yang ditetapkan Jabatan, mereka perlu menghadiri Kursus Pengurusan Ergonomik (Initial atau Advanced ERA) di Pusat Pengajar yang mendapat kebenaran Jabatan.