Penyedia Latihan Berdaftar Pemasang, Pemeriksa & Pemasang Perancah (Tiub)
-
Penerangan/Tanggungjawab
-
Perundangan
-
Borang
Pengendali perancah adalah orang yang bertanggungjawab memasang, merombak dan menyenggara perancah. Peruntukan 74(1) Peraturan-Peraturan (Pengendalian Pembinaan Bangunan dan Kerja Bina Kejuruteraan (Keselamatan)) Kilang dan Jentera,1986 mensyaratkan bahawa semua kerja-kerja memasang, merombak atau mengubahsuai perancah hendaklah dilakukan di bawah penyeliaan ‘designated person‘ iaitu orang kompeten yang dilantik oleh majikan untuk menyelia atau memeriksa kerja-kerja tersebut.
Bagi tujuan pendaftaran dengan Jabatan ini, pengendali perancah adalah dikehendaki menghadiri kursus sebagai pengendali perancah di pusat pengajar yang diiktiraf oleh JKKP. Setiap pusat pengajar yang ingin menganjurkan kursus tersebut adalah perlu terlebih dahulu mendapatkan pengiktirafan daripada JKKP .Borang:
Registration Form for Training Centre
Guidelines for Training Centre Form