Penyedia Latihan Berdaftar Operator Kren
-
Penerangan/Tanggungjawab
-
Perundangan
-
Borang
Pada bulan Ogos, 1997 yang lalu, Y.B. Menteri Sumber Manusia mengumumkan bahawa semua operator kren dikehendaki mendaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan sebelum dibenarkan mengendalikan kren. Jenis kren yang dimaksudkan adalah kren menara, kren bergerak (beroda) dan kren bergerak (berantai).
Untuk menguatkuasakan arahan ini, Jabatan akan menggunakan peruntukkan 26(1) Peraturan-peraturan (Pemberitahuan, Perakuan Kelayakan dan Pemeriksaan) Kilang dan Jentera, 1970 untuk mensyaratkan semua kren yang dimaksudkan mempunyai seorang operator yang berkelayakan sebelum ianya boleh beroperasi.
Operator kren dikehendaki mengikuti kursus operator kren di pusat pengajar yang telah diiktiraf oleh Jabatan. Ini adalah bertujuan untuk menentukan tahap kemahiran mereka dan juga bagi membolehkan mereka mempelajari tatacara pengendalian kren yang betul dan selamat. Setiap pusat pengajar yang ingin menganjurkan kursus tersebut perlu terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada Jabatan ini .1) Akta Kilang dan Jentera 1967
2) Peraturan-Peraturan (Pemberitahuan, Perakuan Kelayakan dan Pemeriksaan) Kilang Dan Jentera,1970
3) Garis Panduan Pendaftaran / Pembaharuan Pusat Pengajar Operator KrenBorang:
Registration Form for Training Centre
Guidelines for Training Centre Form