Breadcumb Caption
  • Industri Kecil dan Sederhana
Breadcumb Caption
  • Industri Kecil dan Sederhana

Industri Kecil dan Sederhana

  • A. Definisi PKS

    definisiIKS PKS definisi02
  • B. Pelaksanaan Modul Bimbingan Perusahaan Kecil dan Sederhana

    Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) merupakan antara sektor terpenting yang menjana ekonomi Negara. Berdasarkan laporan Banci Ekonomi Negara 2016 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, pada tahun 2015, 98.5% (907,065) industri adalah Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). Pecahan mengikut kategori adalah 76.5% dalam kategori Mikro, 21.2% dalam kategori Kecil dan 2.3% dalam kategori Sederhana. Antara tanggungjawab sebagai pemilik Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) adalah melaksanakan amalan KKP bagi menjamin pekerja selamat dan sihat. Sebagai inisiatif, JKKP telah menyediakan modul bimbingan bagi membantu PKS melaksanakan amalan KKP di tempat kerja.

     

    Perlaksanaan modul bimbingan Sektor kecil dan sederhana Papar
    Nota Panduan Ringkas Perlaksanaan SPKKP Bagi PKS Papar
  • C. Amalan Terbaik (Best Practice) di IKS

    Laporan Amalan terbaik KKP ini adalah kompilasi program “Compliance Support” termasuk program “door to door” yang memberikan penekanan dan bantuan kepada (7) elemen berikut:
    1. Jawankuasa Keselamatan dan Kesihatan
    2. Persekitaran tempat kerja
    3. Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
    4. Egronomik
    5. HIRARC
    6. Penyediaan Prosedur Kerja Selamat
    7. Pelaporan Kemalangan , Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan
    Kompilasi laporan Amalan terbaik KKP di sektor Industri Kecil Dan Sederhana (Industri makanan) Papar
    Kompilasi laporan Amalan terbaik KKP di sektor Industri Kecil Dan Sederhana (Industri perkhidmatan kejuruteraan) Papar
    Kompilasi laporan Amalan terbaik KKP di sektor Industri Kecil Dan Sederhana (Industri Berasaskan Logam) Papar
    Kompilasi laporan Amalan terbaik KKP di sektor Industri Kecil Dan Sederhana (Industri Berasaskan Kayu) Papar
    Kompilasi laporan Amalan terbaik KKP di sektor Industri Kecil Dan Sederhana (Industri Perkhidmatan) Papar
    Kompilasi laporan Amalan terbaik KKP di sektor Industri Kecil Dan Sederhana (Industri Berasaskan Automatif) Papar
    Kompilasi laporan Amalan terbaik KKP di sektor Industri Kecil Dan Sederhana (Industri Berasaskan Seramik) Papar
    Kompilasi laporan Amalan terbaik KKP di sektor Industri Kecil Dan Sederhana (Industri Asas Bina) Papar
    Kompilasi laporan Amalan terbaik KKP di sektor Industri Kecil Dan Sederhana (Industri Berasaskan Getah) Papar
    Kompilasi laporan Amalan terbaik KKP di sektor Industri Kecil Dan Sederhana (Industri Berasaskan Kosmetik) Papar
    Kompilasi laporan Amalan terbaik KKP di sektor Industri Kecil Dan Sederhana (Industri Percetakan) Papar
  • D. Pelan Strategik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan bagi Industri Kecil dan Sederhana 2016 -2020

    Pelan Strategik IKS 2020 (Versi B.Malaysia) Papar
    Pelan Strategik IKS 2020 (Versi English) Papar
  • E. Informasi Berkaitan Lain-lain Sektor

    Surat Pekeliling Am (SPA) Bil 3/2019 Papar
    Infografik Surat Pekeliling Am (SPA) Bil 3 2019 Papar
    Poster Surat Pekeliling Am (SPA) Bil 3 2019 Papar
    HIRARC di Sektor Awam Papar
  • F. OSH Coordinator

    OSH Coordinator

    Pengenalan

    Melalui Strategi 6, Pelan Strategik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Sektor Industri Kecil dan Sederhana 2016 – 2020 (IKS 2020), salah satu program khusus yang dirancang adalah untuk meningkatkan bilangan pengamal KKP di sektor IKS. Setiap IKS perlu melantik sekurang-kurangnya seorang pekerja sebagai Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH Coordinator) untuk menguruskan hal-ehwal berkaitan KKP. Antara tanggungjawab OSH Coordinator adalah seperti berikut:

    • Menasihati majikan berkaitan langkah-langkah yang perlu diambil bagi kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerja.
    • Membantu majikan menjalankan pemeriksaan tempat kerja.
    • Membantu majikan melaporkan kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan dan penyakit pekerjaan yang berlaku di tempat kerja kepada kepada JKKP.
    • Membantu majikan melaksanakan pengurusan risiko ditempat kerja
    • Menjalankan arahan lain dari majikan yang berkaitan keselamatan & kesihatan di tempat kerja

    Bagi memenuhi kehendak pasaran terhadap keperluan melantik OSH Coordinator yang terlatih, pihak Jabatan telah mengiktiraf beberapa pusat pengajar yang berkelayakan bagi tujuan mengendalikan kursus OSH Coordinator ini. Pusat pengajar yang dilantik adalah pusat pengajar yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan didalam Panduan Pendaftaran dan Pembaharuan Pusat Pengajar OSH Coordinator yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan.

    Senarai Pusat Pengajar OSH Coordinator Papar
    Papar
    Papar
    Papar
    Papar
    Papar
    Papar
    Papar
    Papar
    Papar
    Bookmark OSH Coordinator Papar
  • G. STEPWISE OSH LEVEL VERIFICATION & ENHANCEMENT FOR SMALL AND MEDIUM ENTERPRISE (SOLVE 4 SME)

    Selaras dengan OSHMP 2025 dan Projek Pembangunan di Bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), Jabatan memperkenalkan satu program yang bersistematik iaitu Verifikasi dan Peningkatkan Aras KKP Secara Berperingkat untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana atau Stepwise OSH Level Verification and Enhancement for Small and Medium Enterprise (SOLVE 4 SME) untuk meningkatkan tahap pengurusan KKP di PKS. Program SOLVE 4 SME yang dibangunkan adalah mengikut blue-print SOHELP di PKS. Modul program ini akan digunapakai oleh JKKP semasa melaksanakan program compliance support pada tahun 2021 – 2025 di 1,000 PKS yang melibatkan sebanyak 10,000 majikan dan pekerja. Melalui SOLVE 4 SME, diharap pematuhan perundangan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan iaitu Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya dapat ditingkatkan.

    Selain daripada itu, pelaksanaan SOLVE 4 SME ini dijangka akan dapat memberi penambahbaikan terhadap program compliance support di PKS yang dilihat kurang berkesan dan sukar untuk dilaksanakan. SOLVE 4 SME yang dirangka ini mempunyai ciri-ciri seperti berimpak tinggi, mudah dilaksanakan, menggunakan kos yang rendah dan boleh dilaksanakan di semua jenis industri PKS.

    » Panduan Pelaksanaan Program SOLVE 4 SME
    »
    Poket Mini SOLVE 4 SME
    »
    Risalah Program SOLVE 4 SME

  • H. PELEPASAN/POTONGAN CUKAI BERKAITAN KKP

    Terdapat beberapa jenis potongan cukai yang disediakan oleh kerajaan bagi perkara berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP). Antaranya adalah berkaitan dengan pembelian peralatan pelindungan diri (PPE). Pihak industri boleh merujuk dengan agensi kerajaan yang berkaitan bagi mendapatkan maklumat lanjut.

    Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

    »   Potongan Bagi Perbelanjaan Berhubung Dengan Kos Peralatan Pelindungan Diri

    »   Garis Panduan Memohon Potongan Di Bawah Akta Cukai Pendapatan 1967

Cetak Emel