doshheaderbm

Breadcumb Caption
  • Soalan Lazim
Breadcumb Caption
  • Soalan Lazim

Kilang dan Jentera

2 langkah mudah adalah:
i. Mendapatkan Kebenaran Memasang Jentera dengan mengemukakan borang JKJ 105 beserta dokumen berkaitan kepada pejabat JKKP terdekat.
ii. Memberitahu JKKP bahawa akan menduduki kilang buat pertama kalinya melalui borang JKJ 101selepas mendapat Kebenaran Memasang Jentera.

Jentera berperakuan kelayakan termasuk dandang stim, pengandung tekanan tak berapi dan mesin angkat seperti lif penumpang, lif barang, tangga bergerak dan kren.

Proses pendaftaran kilang dan jentera akan mengambil masa 20 hari daripada tarikh penyerahan borang dan dokumen berkaitan yang lengkap kepada pejabat JKKP.

Selepas semua dokumen disemak oleh pegawai JKKP, satu pemeriksaan awalan ke atas premis dan jentera akan dilakukan. Seterusnya ujian yang berkaitan akan dilakukan ke atas jentera berperakuan kelayakan terlibat.