- Soalan Lazim
Luar Pantai
Buat masa ini, JKKP menjalankan penguatkuasaan merangkumi keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang yang sedang bekerja dan juga untuk melindungi orang lain daripada bahaya yang semakin meningkat daripada aktiviti pekerjaan, dan dilindungi oleh Akta-Akta yang berikut:
- Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514);
- Akta Petroleum (Langkah-langkah) Keselamatan 1984 (Akta 302);
- Akta Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139);
- Perintah Kilang dan Jentera (Pengecualian kepada Petroliam Nasional Berhad) 2013
PIC Name : Ir. Ahmad Zaidi Bin Md Din
PIC E-mail: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
PIC Contact No. : 03-88866440
JKKP menjalankan pemeriksaan dan ujian ke atas pemasangan talian paip baru, pengantian dan baik pulih yang merangkumi skop talian paip berikut:
- talian paip petroleum cecair diantara kemudahan-kemudahan pengeluaran, loji memproses gas asli, stesen-stesen servis, terminal-terminal (laut) dan tempat-tempat penghantaran dan penerimaan yang lain.
- talian paip yang mengangkut gas asli daripada saluran alat pemisah atau perangkap di telaga-telaga minyak hingga ke saluran keluar pasangan set meter terminal.
PIC Name : Ir. Ahmad Zaidi Bin Md Din
PIC E-mail: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
PIC Contact No. : 03-88866440
Kontraktor-kontraktor yang terlibat dengan pemasangan talian paip petroleum perlu berdaftar dengan JKKP sebagai kontraktor gas.
PIC Name : Ir. Ahmad Zaidi Bin Md Din
PIC E-mail: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
PIC Contact No. : 03-88866440
Perintah Kilang dan Jentera (Pengecualian kepada Petroliam Nasional Berhad) 2013 telah diwartakan pada 28 Mac 2013. Dalam perintah ini, semua peralatan luar pesisir pantai yang dimiliki oleh Petroliam Nasional Berhad dikecualikan daripada pemakaian Seksyen 19 dan 36 Akta Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139), dan Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Pemberitahuan, Peraturan-Peraturan Sijil Kelayakan dan Pemeriksaan) 1970 [PU (A) 43/1970]. Sehingga undang-undang baru atau keputusan dibuat, semua jentera (sama ada diimport atau buatan tempatan), yang dipasang di luar pesisir Malaysia, adalah dikecualikan daripada kelulusan reka bentuk.
PIC Name : Ir. Ahmad Zaidi Bin Md Din
PIC E-mail: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
PIC Contact No. : 03-88866440
FPSO dan FSO adalah tertakluk terhadap peruntukan dibawah undang-undang OSHA 1994, FMA 1967 atau PSMA 1984 apabila kedudukannya tetap dan hanya digunakan untuk memproses atau menyimpan minyak atau gas.
PIC Name : Ir. Ahmad Zaidi Bin Md Din
PIC E-mail: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
PIC Contact No. : 03-88866440
OSR-MS adalah Sistem Pengurusan Peraturan Kendiri Luar Pantai, diperkenalkan oleh pihak Malaysia Petroleum Management (MPM), PETRONAS dan dipersetujui oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) untuk mengurus dan mengekalkan operasi yang selamat bagi peralatan luar pesisir dengan mengintegrasikan Sistem Pengurusan Integriti Aset dan Kebolehpercayaan (AIR) dan Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan.
OSR MS Objektif:
OSR MS bertujuan untuk menyediakan satu sistem berstruktur untuk PSC / RSC tersebut untuk mengendali sendiri semua kemudahan luar pesisir di Malaysia:
- Integriti (jentera) yang dikenal pasti dalam FMA 1967 selaras dengan keperluan undang-undang negara;
- Integriti jentera lain (iaitu tidak dikenal pasti dalam FMA 1967) dalam pematuhan kepada garis panduan PETRONAS
OSR MS bertujuan untuk mengintegrasikan Sistem Pengurusan Integriti Aset dan Kebolehpercayaan (AIR) serta sistem kesihatan, keselamatan dan alam sekitar (HSE) untuk mencapai kecermelangan dalam AIR dan HSE ke atas semua kemudahan luar pesisir.
PIC Name : Ir. Ahmad Zaidi Bin Md Din
PIC E-mail: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
PIC Contact No. : 03-88866440
Untuk maklumat lanjut mengenai OSR-MS, sila berhubung dengan pihak Malaysia Petroleum Management (MPM), PETRONAS.
PIC Name : Ir. Ahmad Zaidi Bin Md Din
PIC E-mail: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
PIC Contact No. : 03-88866440