Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) di bawah Kementerian Sumber Manusia adalah sebuah badan tertinggi yang bertanggungjawab menentukan hala tuju dan dasar negara berhubung dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia. Ia ditubuhkan oleh Menteri Sumber Manusia pada tahun 1995 mengikut kehendak Seksyen 8, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, (Akta 514).
MNKKP ditubuhkan bertujuan sebagai usaha berterusan pihak kerajaan untuk menjadikan semua tempat kerja di Malaysia selamat di samping meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan pekerja seterusnya menjadikan amalan kerja selamat dan sihat sebagai sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia, yang mana pelaksanaannya adalah berlandaskan kepada proses tripatisme.
| i. | Perubahan yang dianggapnya wajar bagi perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan; |
| ii. | Pemajuan pentadbiran dan penguatkuasaan perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan; |
| iii. | Menggalakkan hubungan kerjasama perundingan antara pihak pengurusan dengan buruh tentang keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja wanita, orang-orang cacat dan golongan-golongan lain dalam masyarakat; |
| iv. | Penubuhan kaedah-kaedah kawalan yang mencukupi bagi kimia industri di tempat kerja; |
| v. | Penganalisian statistik mengenai kematian dan kecederaan yang berhubungan dengan pekerjaan; |
| vi. | Pengadaan kemudahan penjagaan kesihatan di tempat kerja; |
| vii. | Penggalakan Pembangunan dan penerimaan melaui undang-undang tataamalan industri yang berhubungan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjaan; |
| viii. | Pembangunan rancangan dan kemudahan pemulihan untuk membantu orang-orang yang cedera di tempat kerja. |
| i. | tiga (3) orang daripada organisasi yang mewakili majikan |
| ii. | tiga (3) orang daripada organisasi yang mewakili pekerja |
| iii. |
tiga (3) orang atau lebih daripada Kementerian atau Jabatan yang tanggungjawabnya adalah berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan
|
| iv. |
tiga (3) orang atau lebih, yang daripadanya sekurang-kurangnya seorang wanita daripada organisasi atau badan professional yang aktiviti anggotanya adalah berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan yang pada pendapat Menteri Sumber Manusia boleh menyumbang kepada MNKKP
|
| i. | seseorang yang didapati atau diisytiharkan tak sempurna akal |
| ii. | seseorang yang bankrap |
| iii. |
seseorang yang telah disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak, atau apa-apa kesalahan yang berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di bawah mana-mana undang-undang yang dibuat dengannya.
|
| iv. |
Seseorang yang tak dapat atau tak upaya melaksanakan fungsi sebagai anggota Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
|
Rayuan boleh dikemukan kepada MNKKP dan akan dibawa ke dalam mesyuarat MNKKP. Keputusan rayuan yang dibuat akan dimaklumkan kepada perayu sebaik saja ahli mesyuarat telah memutuskannya.














