Terkini! Garis Panduan Peraturan - Peraturan Kilang dan Jentera
Selaras dengan permodenan peruntukkan undang-undang, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengambil inisiatif supaya peruntukkan sedia ada dilihat semula dan seterusnya membuat penambahbaikan ke atasnya. Ini untuk memastikan bahawa peruntukkan baru ini mampu berfungsi untuk mencapai objektif yang sama. Proses ini memerlukan aktiviti membuang peruntukkan sedia ada yang terbukti ‘tidak perlu’ dan menambah peruntukkan baru yang dirasakan lebih sesuai,‘cost effective’ dan juga mampu dipatuhi dengan teknologi terkini.
Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Skim Pemeriksaan Khas) (Pemeriksaan Berasaskan Risiko) 2014 [P.U.(A) 96/2014] ini adalah peruntukkan baru di mana majikan mempunyai pilihan untuk mematuhi Seksyen 19(1) Akta Kilang dan Jentera 1967. Pemunya boleh memilih untuk mempunyai perakuan kelayakan pada setiap lima belas bulan (15) bulan seperti yang diperuntukkan di bawah Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Pemberitahuan, Perakuan Kelayakan dan Pemeriksaan) 1970 atau menentukan sendiri tempoh layak perakuan kelayakan mengikut risiko yang ada.
Garis panduan ini menerangkan bagaimana industri boleh memohon untuk menggunakan Skim Pemeriksaan Khas (Pemeriksaan Berasaskan Risiko) bagi melanjutkan tempoh Perakuan Kelayakan. Adalah diharap, industri mengambil peluang daripada peruntukkan ini dan seterusnya bertekad untuk meletakkan kebertanggungjawaban kepada keselamatan jentera sebagai satu nilai dalam menentukan keselamatan dan kesihatan para pekerja.
Muat Turus Garis Panduan Peraturan - Peraturan Kilang dan Jentera