Main_banner02
CIMS
CIMS
Web_Banner_OSH_Award_2024
Web_Banner_OSH_Award_2024
banner jkkp12 BKTB
banner jkkp12 BKTB
GUIDELINES_ON_OCCUPATIONAL_SAFETY_AND_HEALTH
GUIDELINES_ON_OCCUPATIONAL_SAFETY_AND_HEALTH
Maklumat Terkini Tindakan Pendakwaan dan Kompaun - copy
Maklumat Terkini Tindakan Pendakwaan dan Kompaun - copy
PANDUAN PERMOHONAN PEMERIKSAAN BERKALA LOJI
PANDUAN PERMOHONAN PEMERIKSAAN BERKALA LOJI
Silibus Baharu Kursus Penyelia Keselamatan Tapak
Silibus Baharu Kursus Penyelia Keselamatan Tapak
MAKLUMAT_BAHARU_BERKENAAN_PEMASANG_PEMERIKSAN__PENYELIA_PERANCAH_TIUB_8.jpg
MAKLUMAT_BAHARU_BERKENAAN_PEMASANG_PEMERIKSAN__PENYELIA_PERANCAH_TIUB_8.jpg
Banner Kaedah Bayaran Kaunter
Banner Kaedah Bayaran Kaunter
OSHMP 2021 - 2025
PELAN INDUK KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 2021 -2025 (OSHMP25)
"KKP Inklusif-Kebersamaan dan Komitmen"
Image is not available
OSHMP 2021 - 2025
MAKLUMAT_BAHARU_BERKENAAN_PEMASANG_PEMERIKSAN__PENYELIA_PERANCAH_TIUB_5.jpg
MAKLUMAT_BAHARU_BERKENAAN_PEMASANG_PEMERIKSAN__PENYELIA_PERANCAH_TIUB_5.jpg
previous arrow
next arrow

Kenyataan Media JKKP Susulan Kes Kemalangan Maut Melibatkan Kren Menara Di Bukit Bintang, Kuala Lumpur

jatanegara

KENYATAAN MEDIA

JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN MALAYSIA

SUSULAN

Kes Kemalangan Maut Melibatkan Kren Menara Di Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Putrajaya, 26 Ogos – Satu kemalangan maut telah berlaku di Royale Pavillion, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada jam lebih kurang 7.20 petang semalam. Kemalangan melibatkan blok penyangkut sebuah kren menara jatuh di luar kawasan pembinaan dan menghempap sebuah kenderaan awam yang mengakibatkan pemandunya maut di tempat kejadian. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) berasa amat sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan ini.

Rentetan daripada kemalangan ini, JKKP telah menjalankan siasatan pada hari yang sama dan mengambil tindakan mengeluarkan notis pemberhentian kerja ke atas keseluruhan aktiviti pembinaan bagi membantu siasatan lanjut dijalankan.

Menurut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (1994), kontraktor utama sebagai majikan bertanggungjawab memastikan keselamatan penggunaan kren menara di tapak pembinaan. Akta Kilang dan Jentera (1967) pula menghendaki kren menara dipasang dan diselenggara oleh syarikat kompetan yang berdaftar dengan JKKP. Syarikat kompetan ini hendaklah dilantik oleh kontraktor utama untuk menjalankan pemeriksaan dan penyelenggaraan secara berkala, mengikut spesifikasi syarikat pembuat kren menara.

JKKP menjalankan siasatan secara terperinci bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab melaksanakan kewajipan sewajarnya. JKKP juga sedang menjalankan siasatan forensik bagi mengenalpasti punca-punca utama kemalangan bagi mencegah kemalangan seperti ini berulang di masa hadapan.

JKKP memandang serius setiap kemalangan yang berlaku terutamanya melibatkan kematian, sama ada pekerja mahupun orang awam. JKKP akan mengambil tindakan perundangan sekiranya didapati terdapat pelanggaran undang-undang oleh pihak yang bertanggungjawab. JKKP juga akan sentiasa dari masa ke masa menyemak dan menambahbaik prosidur kerja selamat sekiranya perlu, bagi memastikan keselamatan pekerja dan orang awam terjamin.

Tamat.

Tarikh siaran : 26 Ogos 2016

Dikeluarkan oleh         Pejabat Ketua Pengarah JKKP Malaysia

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia

Aras 5, Blok D4, Kompleks D,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya

  pdf Kenyataan Media JKKP Susulan Kes Kemalangan Maut Melibatkan Kren Menara Di Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Cetak Emel

Slide 1

Pusat Maklumat KKP


safety alert MS    statistik    pendakwaan>    KESMAUT

kompetensi    HIGIEN bm    psd     construction

kimia ms    SME bm    Keselamatan Industri    SME

.

Video KKP

Sorotan Peristiwa

AKP
Libat Urus
Ceramah KKP
Libat Urus
NATIONAL OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH AWARD 2023
PERSIDANGAN KEMUNCAK BAGI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN BERSAMA SYARIKAT-SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN (GLC OSH SUMMIT)
Occupational Health Carnival KESUMA MADANI 2024
RATIFIKASI KONVENSYEN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1981 (NO. 155)
Operation SPARK
MAJLIS PENUTUP MINGGU KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (OSH WEEK) PERINGKAT KEBANGSAAN 2024
KONVENSYEN STEPWISE OSH LEVEL VERIFICATION AND ENHANCEMENT FOR SMALL AND MEDIUM ENTERPRISE (SOLVE 4 SME) PERINGKAT KEBANGSAAN 2024
NATIONAL OSH INNOVATION AND TECHNOLOGY IN IR 4.0 EXPO
OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH EDUCATION AND RESEARCH CONVENTION 2024
Seminar Hebahan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 dan Akta Kilang dan Jentera (Pemansuhan) 2022 Peringkat Zon Tengah
Konvensyen Systematic Occupational Health Enhancement Level Programme (SOHELP) Kebangsaan Kali Ke-7 bagi tahun 2024
Sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja 2024
ASEAN OSHNET DI QUEZON CITY, THE PHILIPPINES
KEJARI 4.0 DI BANGI AVENUE CONVENTION CENTRE
LAWATAN KE TAPAK MERDEKA 118
PROGRAM GOTONG ROYONG KUDAH (KUTIP SAMPAH SAMBIL RIADAH)
previous arrow
next arrow