Bangi, 26 September 2024 - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah menganjurkan Konvensyen Systematic Occupational Health Enhancement Level Programme (SOHELP) Kebangsaan Kali Ke-7 bagi tahun 2024 bertempat di Bangi Avenue Convention Centre, Selangor.
Konvensyen yang dihadiri oleh lebih 550 orang peserta daripada pelbagai sektor industri ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Sutekno bin Ahmad Belon, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KESUMA. Turut sama hadir pada majlis perasmian konvensyen ini ialah YBrs. Ir. Haji Mohd Hatta bin Zakaria, Ketua Pengarah JKKP Malaysia, Ketua Cawangan Pencegahan PERKESO, En. Harun bin Bakar, Pengarah - Pengarah Bahagian JKKP Ibu Pejabat dan JKKP Pejabat Negeri.
Konvensyen ini diadakan bagi memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada tempat kerja yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelaksanaan SOHELP selain menjadi platform tahunan bagi perkongsian amalan terbaik di tempat kerja khusus bagi elemen pengurusan pendedahan bising, bahan kimia dan ergonomik. Sebanyak 19 Anugerah Tempat Kerja SOHELP Terbaik mengikut kategori dan elemen telah disampaikan kepada tempat kerja yang berjaya.
Konvensyen kali ini turut diselitkan dengan acara pelancaran empat (4) garis panduan baru higien industri iaitu;
1. Guidance On Occupational Noise Control 2024
2. Guidelines On Occupational Safety And Health For Seating At Work 2024
3. Guidelines On Occupational Safety And Health For Standing At Work 2024
4. Guidelines On Occupational Safety And Health For Display Screen Equipment (DSE) 2024