Pejabat Negeri / Cawangan
Carta Organisasi
Objektif
i.Menguatkuasakan Undang-Undang Berikut:
a. Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Dan Peraturan-Peraturan Di Bawahnya
b. Akta Kilang Dan Jentera 1967 Dan Peraturan-Peraturan Di Bawahnya.
c. Sebahagian Daripada Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984 Dan Peraturan-Peraturan Di Bawahnya.
ii.Menjalankan Kajian Dan Analisa Teknikal Keatas Isu-Isu Keselamatan / Perkerjaan Yang Wujud Di Tempat-Tempat Kerja.
iii.Menjalankan Program-Program Galakan Dan Publisiti Kepada Majikan, Perkerja Dan Orang Awam Untuk Memupuk Dan Meningkatkan Kesedaran mereka terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan.
iv.Memberi Khidmat Nasihat Dan Maklumat Kepada Agensi-AgensiKerajaan Dan Swasta berkaitan Aspek-Aspek Pengurusan Dan Teknikal Yang Berhubungkait Dengan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan.
a. Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Dan Peraturan-Peraturan Di Bawahnya
b. Akta Kilang Dan Jentera 1967 Dan Peraturan-Peraturan Di Bawahnya.
c. Sebahagian Daripada Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984 Dan Peraturan-Peraturan Di Bawahnya.
ii.Menjalankan Kajian Dan Analisa Teknikal Keatas Isu-Isu Keselamatan / Perkerjaan Yang Wujud Di Tempat-Tempat Kerja.
iii.Menjalankan Program-Program Galakan Dan Publisiti Kepada Majikan, Perkerja Dan Orang Awam Untuk Memupuk Dan Meningkatkan Kesedaran mereka terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan.
iv.Memberi Khidmat Nasihat Dan Maklumat Kepada Agensi-AgensiKerajaan Dan Swasta berkaitan Aspek-Aspek Pengurusan Dan Teknikal Yang Berhubungkait Dengan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan.
SEKSYEN PENGUATKUASAAN
- Menguatkuasakan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Peraturan dibawahnya.
- Menjalankan audit sistem pengurusan KKP.
- Mengurus, menyelaras hal ehwal aktiviti pengauditan KKP ke atas sektor:
1. Pengilangan
2. Perlombongan dan Kuari
3. Pembinaan
4. Perhotelan dan Restoran
5. Pertanian, Perhutanan dan Perikanan
6. Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi
7. Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Tempatan
8. Kemudahan – Gas, Elektrik, Air dan Perkhidmatan Pembersihan
9. Kewangan, Insuran, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan
10. Perdagangan Borong & Runcit
- Mengambil tindakan punitif.
- Memberi khidmat sokongan teknikal dalam keselamatan dan kesihatan kepada sektor berkenaan.
- Menyediakan Laporan Bulanan hasil audit dan keberkesanan kepada KKP untuk dihantar ke Ibu Pejabat.
SEKSYEN PEMERIKSAAN STATUTORI
- Menjalankan pemeriksaan statutori ke atas:
2. Pengandung Tekanan Tak Berapi
3. Mesin Angkat
4. Lif Penumpang dan Barang
5. Kilang dan Pepasangannya
- Mengurus, menyelaras hal ehwal pemeriksaan statutori berkaitan ke atas perkara di atas.
SEKSYEN HIGIEN INDUSTRI
- Menjalankan penguatkuasaan/ pemeriksaan ergonomik secara umum dan pemeriksaan spesifik seperti ‘standing at work’, ‘sitting at work’, ‘visual display unit’, ‘manual handling’, ‘control and display’ dan ‘hand tools’.
- Menjalankan audit mengenai ergonomik ke atas tempat kerja.
- Menjalankan pemantauan pematuhan dan tindakan susulan.
- Pengisian dan pengurusan pangkalan data penguatkuasaan / pemeriksaan ergonomik.
- Memberikan khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak industri dan pihak awam.
- Menjalankan penguatkuasaan Peraturan bising (noise).
- Menjalankan pemeriksaan bahaya fizikal yang lain seperti getaran, pencahayaan, thermal stress, EMF, ioningradiation dan non-ioningradiation.
- Menjalankan pemonitoran / pengukuran di tempat kerja.
- Menjalankan penguatkuasaan komponen keselamatan kimia dan biologikal pekerjaan dalam:
-
- Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994
- Akta Kilang dan Jentera, 1967
- Menjalankan program penilaian risiko biologikal pekerjaan dan program pemonitoran.
- Membuat kerja pengesanan masalah saikososial pekerjaan.
SEKSYEN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA
-
Menguatkuasakan peraturan KKP terutama polisi dan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
- Menjalankan kerjasama dengan agensi kerajaan/NGO setempat berkaitan KKP.
- Melaksanakan program ’partnership’ seperti ’workplace improvement for small enterprise’ (WISE) program.
- Menjalankan latihan/bengkel berkaitan KKP seperti undang-undang dan pencegahan kemalangan.
- Memberikan khidmat bimbingan KKP.
- Mengadakan program galakan KKP seperti penubuhan persatuan, program ’Dandellion’, ’mentor dan mentee’.
- Membantu ibupejabat menjalankan kajian-kajian KKP di sektor SMI.
SEKSYEN KERJABINA
-
Mendaftar tapak bina.
- Menjalankan pemeriksaan di tapak bina.
- Menjalankan audit sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tapak bina.
- Menyemak dan menilai dokumen teknikal tapak bina.
- Memberi khidmat sokongan teknikal.
- Mengambil tindakan punitif.
- Memantau OYK/OYB tapak bina.
SEKSYEN KESIHATAN PEKERJAAN
- Menjalankan siasatan bagi kes penyakit pekerjaan dan keracunan pekerjaan yang dilaporkan oleh pegawai penyiasatan dan majikan.
- Membuat siasatan bagi kes aduan yang berkaitan penyakit pekerjaan dan keracunan pekerjaan.
- Menjalankan ujian audiometrik bagi tujuan khas.
- Memantau tahap perlaksanaan kerja-kerja pengawasan kesihatan dan perubatan yang dilakukan oleh doktor kesihatan pekerjaan yang diiktirafkan oleh Jabatan.
- Menjalankan pemantauan biologikal dan kesan biologikal ke atas para pekerja yang terdedah kepada bahan kimia bahaya.
- Memantau prestasi juruteknik yang menjalankan ujian audiometrik.
SEKSYEN ANALISIS & PROSESAN
-
Melakukan kerja-kerja analisis ke atas data dan maklumat KKP seperti data-data kemalangan dan penyakit pekerjaan.
- Menyediakan maklumat dan laporan analisis data KKP.
- Mewujudkan kaedah secara holistik bagi mengurangkan kadar kemalangan pekerjaan, penyakit pekerjaan dan lain-lain.
- Menyalurkan laporan analisis “trend” kemalangan dan penyakit pekerjaan yang kerap berlaku di tempat kerja ke Bahagian Dasar dan Penyelidikan, Ibu Pejabat JKKP.
- Menghalusi data-data berasas maklumat KKP tempatan yang boleh digunakan untuk membantu menentukan arah tuju dasar jabatan dan dasar KKP negara.
- Menyediakan maklumat bagi kegunaan untuk penyediaan garispanduan-garispanduan untuk mencegah risiko kemalangan dan penyakit perusahaan di tempat kerja..
- Menyemak, menilai dan memberi kelulusan permohonan pendaftaran kilang.
- Menyemak, menilai dan memberi kelulusan permohonan pendaftran jentera baru yang diterima untuk pendaftaran.
- Menjalankan pemeriksaan awal dan pertama ke atas kilang dan pepasangan besar
- Mengurus, menyelaras hal ehwal pemeriksaan ke atas kilang dan pepasangannya.
- Menjalankan ujian beban dan pemeriksaan pertama keatas lif penumpang.
- Menjalankan ujian haidrostatik (HT) dan ujian stim keatas dandang.
- Menjalankan ujian hidrostatik (HT) keatas pengadung tekanan tak berapi.
- Menyemak, Menilai permohonan, memberi pengiktirafan ke atas Drebar Dandang Stim, Enjin Pembakaran Dalam, Operator Kren dan Pengendali Perancah.
- Mengeluarkan sijil perakuan kelayakan ke atas jentera baru yang telah diperiksa dan didapati memuaskan.
SEKSYEN SIASATAN DAKWAAN
-
Menjalankan siasatan dan menyediakan laporan serta kertas siasatan keatas kes-kes:
-
- aduan dari orang ramai;
- kemalangan hilang upaya kekal yang tidak diniatkan untuk pendakwaan dan untuk tujuan pendakwaan; dan
- kemalangan maut dan menyediakan laporan serta kertas siasatan untuk tujuan pendakwaan.
- Menjalankan siasatan ke atas kes-kes perlanggaran undang-undang dan menyediakan laporan serta kertas siasatan untuk tujuan pendakwaan di Mahkamah.
- Menjalankan siasatan ke atas kes-kes akaun belum terima untuk tujuan tuntutan sivil oleh Penasihat Undang-Undang JKKP.
- Mengendali dan menyimpan eksibit dengan cara yang sistematik dan teratur dan menepati kehendak perundangan.
- Menyimpan semua rekod-rekod kes perbicaraan telah selesai.
- Meneliti dan menyemak kertas siasatan bagi memastikan sama ada siasatan telah lengkap atau sebaliknya.
- Membuat persediaan dan kajian yang rapi dan terperinci untuk tujuan pendakwaan di Mahkamah.
- Mengendalikan kes pendakwaan sama ada kes pengakuan bersalah atau perbicaraan di Mahkamah Majistret.
- Membuat kajian terperinci berhubung dengan kekuatan dan kelemahan kes.
SEKSYEN RISIKO KHAS
-
Menguatkuasa Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan Besar Dalam Perindustrian) 1996.
- Mewujudkan daftar pepasangan bahaya besar dan bukan bahaya besar.
- Memastikan pelaksanaan sistem KKP di pepasangan bahaya besar dan bukan bahaya besar.
- Memberi khidmat kepakaran teknikal kepada agensi kerajaan dan swasta.
- Menguatkuasa Peraturan-peraturan Keselamatan Petroleum (Langkah-langkah Keselamatan) (Pengangkutan Petroleum Melalui Talian Paip) 1985.
- Mewujudkan daftar sistem talian paip dan sistem simpanan pukal.
- Memastikan sistem talian paip dan simpanan pukal dikendali mengikut kehendak kod dan standard.
- Memastikan keutuhan sistem talian paip dan simpanan pukal melalui pemeriksaan berkala.
- Menguatkuasa Akta Kilang dan Jentera 1967.
- Memastikan metodologi Skim Pemeriksaan Khas yang diluluskan digunapakai.
- Memastikan integriti pengandung tekanan tak berapi dan dandang stim dalam keadaan selamat digunakan.
- Memantau pelaksanaan Skim Pemeriksaan Khas.
SEKSYEN PROMOSI DAN SUMBER
-
Mengurus dan menyelaras penerimaan maklumat, poster, buntings, brosur, flyers, garispanduan, CD promosi, bahan-bahan KKP untuk tujuan sebaran kepada kumpulan sasaran dan menyelenggara pusat sumber bagi memastikannya sentiasa ada dan siapsedia.
- Menyelaras pengumpulan data-data dan maklumat promosi berkaitan KKP serta memastikan penyediaan statistik terkini untuk kegunaan Majlis Negara, pelanggan dalaman dan luaran.
- Mengambil bahagian dan memberi bantuan penyelerasan dalam aktiviti pelaksanaan promosi KKP daripada Majlis Negara, majikan, pertubuhan bukan kerajaan(NGOs) atau persatuan industri diperingkat negeri.
- Menghadiri dalam siri lawatan berjadual promosi oleh ahli-ahli Majlis Negara ketempat kerja pada peringkat negeri.
- Mengadakan dan menjayakan bengkel kesedaran dan promosi keatas segala garispanduan, kod amalan industri atau peraturan baru KKP yang dikuatkuasakan.
- Menyediakan input anggaran belajawan bagi penyediaan keperluan bahan-bahan promosi dan galakan.
- Menjadi pusat khidmat pelanggan untuk mendapatkan data dan maklumat KKP.
SEKSYEN KHIDMAT PENGURUSAN
-
Mengurus dan menyelaras hal ehwal pentadbiran pejabat negeri.
- Mengurus urusan kaunseling dan khidmat nasihat kepada anggota.
- Melaksanakan arahan kementerian dan agensi pusat berhubung dengan pentadbiran.
- Urus setia Jawatankuasa Mesyuarat Dalaman pejabat negeri.
- Mengurus sewaan pejabat ibu pejabat dan Negeri.
- Mengurus sistem fail.
- Mengurus sistem surat menyurat.
- Mengurus dan menyelenggara kenderaan pejabat Negeri.
- Menguruskan perwartaan anggota JKKP.
- Memproses kad kuasa dan kad pengenalan diri anggota JKKP.
- Mengurus penyelenggaran pejabat Negeri.
- Menjalankan tanggungjawab berhubung dengan perancangan, pemantauan dan pemprosesan yang berkaitan dengan hal ehwal kewangan pejabat negeri.
- Merancang dan menyediakan program tahunan aktiviti JKKP.
- Merancang dan menyediakan program aktiviti Kualiti dan Produktiviti.
- Mengurus dan menyelaras belanjawan pejabat negeri.
- Mengurus dan menyelaras aktiviti pungutan hasil.
- Mengurus penyelenggaran peralatan jabatan.
- Mengurus verifikasi dan pulupusan aset pejabat negeri.
- Mengurus dan mengemas kini rekod perkhidmatan anggota JKKP.
- Mengurus keselamatan sistem IT pejabat negeri.
- Memberi khidmat pengurusan dan pengoperasian sistem perkakasan dan rangkaian.
- Menyelenggara sistem operasi, perkakasan dan rangkaian.
- Menyediakan khidmat sokongan sistem operasi, perkakasan dan rangkaian.
Tags: about