Pejabat Penasihat Undang-Undang
Carta Organisasi
PENGENALAN
Bahagian Perundangan memainkan peranan penting untuk menasihati Jabatan dalam perkara yang melibatkan isu perundangan dan merangkumi skop kerja yang berikut:
- Memberikan nasihat perundangan berkaitan isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada Jabatan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang bertulis yang berkaitan;
- Menyemak dokumen perjanjian dan memorandum persefahaman yang akan dimeterai oleh Jabatan serta apa-apa instrumen lain yang mengandungi elemen perundangan untuk memastikan semua dokumen teratur dari segi undang-undang;
- Memantau, menguruskan, menyelia, dan menyelaraskan kes pendakwaan dan kompaun seluruh negara yang melibatkan Jabatan;
- Menjalankan litigasi sivil untuk kes saman yang melibatkan Jabatan dan mengeluarkan notis tuntutan ke atas pihak yang bertanggungan atas bayaran pendaftaran tempat kerja atau jentera yang tertunggak;
- Membuat pewartaan bagi pelantikan pegawai Jabatan, perintah pengecualian, atau apa-apa perintah atau peraturan yang dibuat oleh Jabatan;
- Menyemak cadangan pindaan ke atas akta, perintah, dan peraturan serta penggubalan perintah dan peraturan yang baharu, dan
- Bekerjasama dengan bahagian lain untuk memberikan latihan dan nasihat berkaitan perundangan.
FUNGSI
-
Menghadiri mesyuarat peringkat Jabatan dan Kementerian berkenaan isu yang melibatkan perundangan.
- Mengadakan perbincangan dengan pejabat negeri berkaitan kertas siasatan tentang apa-apa ketidakpatuhan oleh syarikat atau individu di bawah mana-mana akta atau perundangan subsidiari.
- Memberikan izin untuk mendakwa atau izin untuk mengkompaun sesuatu ketidakpatuhan yang telah dilakukan.
- Mengadakan sesi latihan atau ceramah berkaitan hal perundangan.
- Memberikan nasihat berkenaan isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara bertulis atau lisan kepada Jabatan dan orang awam.
- Mengemukakan laporan harian kepada Jabatan Peguam Negara berkenaan dengan aktiviti di Jabatan.