Asbestos
Pengenalan Asbestos
Asbestos merupakan mineral semula jadi yang ditemui di dalam tanah dan batu yang terhasil dari serat yang berbeza-beza saiz dan bentuk, mempunyai daya ketahanan yang tinggi terhadap panas dan kebanyakan bahan kimia. Banyak digunakan untuk membuat pelbagai barang industri, sebahagian besar atap, bahan penebat, lantai seramik, produk-produk simen asbestos, produk automobil (klac dan brek kenderaan), tekstil, gasket dan lapisan perlindungan.
Namun begitu asbestos adalah bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan kanser paru-paru dan penggunaannya telah diharamkan di kebanyakan negara di dunia. Pada tahun 2006, Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) telah menyarankan semua negara di dunia mengharamkan asbestos.International Labour Organization (ILO) has urged all countries to ban the use of asbestos.
Sumber: The Mesothelioma Centre, 2014
Kawalan Penggunaan Asbestos di Malaysia Terkini dan Akan Datang
Kawalan penggunaan asbestos di tempat kerja dijalankan secara perundangan dengan penguatkuasaan seperti:
- Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013 (Peraturan CLASS) dan Tataamalan Industri Mengenai Pengelasan Bahan Kimia dan Komunikasi Hazard 2014 mengelaskan asbestos (berdasarkan klasifikasi IARC) sebagai Kategori 1 (dikenali atau dianggap karsinogen kepada manusia)
- Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2000 memerlukan pekerja untuk memantau pendedahan asbestos dan pengawasan perubatan (untuk bahan yang disenaraikan di bawah Jadual 2). TWA (8 jam) untuk asbestos adalah 0.1 f/ml.
-
pdf
Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Proses Asbestos) 1986
mengawal semua kilang-kilang yang melibatkan proses asbestos digunakan, tetapi tidak terpakai kepada mana-mana pengendalian bangunan atau kerja binaan kejuruteraan. TWA (8 jam) untuk asbestos adalah 0.1 f/ml.
- pdf Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-kerja Binaan Kejuruteraan) (Keselamatan) 1986 meliputi aspek keselamatan pengendalian bangunan dan kerja binaan kejuruteraan. Pengendalian bangunan termasuk pembinaan, pembaikan atau penyelenggaraan, perobohan dan lain-lain
- pdf Perintah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Larangan Penggunaan Bahan) 1999 melarang penggunaan krosidolit bagi semua tujuan kecuali bagi penyelidikan dan tujuan analisis.
Ini untuk memberi kesedaran dan kefahaman majikan dalam menangani masalah pendedahan pekerja dan pengawalan kepada bahan asbestos.
Tags: Chemical Management