Kemahiran, Pengetahuan dan Pengalaman
Maklumat ini akan membantu majikan yang mengawal cara kerja pembinaan dijalankan untuk menilai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman pekerja.
Pengetahuan asas keselamatan dan kesihatan adalah:
- Boleh mengenal pasti hazard di tapak pembinaan;
- Pengetahuan berkenaan asas perundangan keselamatan pembinaan;
- Mengetahui perkiraan dan prosedur keselamatan;
- Mengetahui perkiraan kecemasan;
- Boleh mengenal pasti keadaan rosak yang menyebabkan risiko meningkat;
- Penambahan pengetahuan berkaitan keutamaan risiko di tapak dan langkah kawalan yang diluluskan;
- Boleh mengambil bahagian sepenuhnya dan berkeyakinan semasa konsultasi tapak;
- Pengetahuan perundangan tentang PPE, pelaporan dan kewajipan pekerja; dan
- Pengetahuan yang mencukupi untuk mengarah pelatih tentang sistem kerja selamat.
Pengetahuan umum ini haruslah menjadi asas kepada pengetahuan keselamatan dan kesihatan lain yang lebih mendalam.
Penilaian asas pengetahuan keselamatan dan kesihatan adalah mustahak untuk semua pekerja yang bekerja atau kerap melawat di tapak pembinaan seperti jurutera, arkitek, juruukur, pemeriksa dan agen bagi klien.
Contoh Penilaian Pengetahuan dan Pemahaman Am berkenaan Risiko Umum yang wujud daripada Kerja Pembinaan adalah seperti berikut:
Disediakan oleh:
Ir. Dr. Mohd Fairuz Ab Rahman, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. & Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.