Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Tergelincir dan tersadung

Apa yang anda perlu tahu

1. Ramai pekerja pembinaan cedera setiap tahun akibat daripada tergelincir atau tersadung semasa bekerja di tapak pembinaan.

2. Kebanyakan kes boleh dicegah dengan pengurusan berkesan tempat kerja dan laluan masuk yang berkesan, seperti koridor, lorong, tangga dan kabin tapak.

3. Berunding dengan pekerja dapat membantu mengenalpasti perkara bermasalah dan meningkatkan pelaporan kejadian berbahaya. Setiap orang boleh membantu dalam mengurangkan tergelincir dan tersadung.

 Apa yang anda perlu buat

4. Majikan hendaklah mengurus kerja supaya pekerjanya boleh bergerak dengan selamat di tapak.

5. Tapak haruslah dikekalkan dalam keadaan yang bersih dan tersusun supaya dapat mengurangkan kemungkinan/kebarangkalian kecederaan kerana tergelincir dan tersadung.

6. Setiap orang boleh membantu mengurangkan tergelincir dan tersadung di tapak.  Jika anda nampak risiko, selesaikannya, atau laporkan kepada seseorang yang boleh.

7. Aspek utama tergelincir dan tersadung di tapak pembinaan termasuklah:

(a) Permukaan tidak rata

Tergelincir dan tersadung boleh berlaku apabila pekerja berjalan di atas permukaan tidak rata.  Risiko boleh dikurangkan dengan menyediakan laluan pejalan kaki yang:

  • Dikhaskan dengan jelas;
  • Disediakan dengan lapik yang berkeadaan baik;
  • Ditanda dan disediakan pencahayaan yang mencukupi.
  • Pastikan pekerja memakai kasut dengan cengkaman yang sesuai. 

 (b) Halangan 

Tergelincir dan tersadung boleh berlaku kerana halangan, seperti bahan binaan dan sisa.

Risiko boleh dicegah dengan:

  • Pengemasan – kekalkan kebersihan kawasan kerja dan simpanan;
  • Penghantaran – dirancang untuk mengurangkan timbunan bahan di tapak;
  • Sisa – Kawasan pengumpulan sisa ditentukan, tong pengangkut dan tong sampah disediakan jika perlu dan tanggungjawab pembersihan sisa ditetapkan.

 (c) Kabel berjela 

Hapuskan kabel berjela dengan menggunakan peralatan tanpa wayar.  Jika tidak boleh, pastikan kabel berada pada paras tinggi, terutamanya di sepanjang koridor.

 (d) Permukaan basah atau licin

Elakkan penggunaan permukaan yang licin atau menjadi licin apabila basah.  Pastikan pekerja memakai kasut dengan cengkaman yang baik.

 (e) Perubahan paras

Elakkan perubahan kecil pada paras jika boleh, seperti di pintu, pertimbang untuk memasang tanjakan atau sebarang cara laluan lain yang mudah dan selamat. Sekiranya boleh, gunakan tanda amaran supaya pekerja menyedari perubahan paras.

8. Walaupun setiap masalah boleh diselesaikan dengan senang, hakikatnya tidak sebegitu mudah kerana keadaan tapak sentiasa berubah. Sentiasa pastikan luar dan dalam kawasan kerja diterangi secukupnya.

9. Maka sangat penting bagi pengurus tapak mempunyai kawalan yang baik dan setiap pekerja mengambil tanggungjawab untuk memastikan cara dia bekerja tidak mewujudkan risiko kepada orang lain, contohnya dengan membiarkan kabel terjela di lantai koridor atau membiarkan bahan buangan bertaburan di atas tangga.

10. Pastikan setiap pekerja mengetahui apa yang dia perlu lakukan untuk mengurus bahan binaan, bahan buangan dan peralatannya sendiri untuk memastikan tempat kerja sentiasa bersih dan mengurangkan risiko tersadung.

Rajah 1 Aspek Utama

Rajah 1: Aspek utama tergelincir dan tersadung di tapak pembinaan.

Bacaan lanjut:

1. Berkenaan tergelincir dan tersadung
http://www.dosh.gov.my/index.php/en/list-of-documents/osh-info/construction-safety/e-buletin/2018-1/2916-bil-2-2018-awasi-langkah-anda/file

2. Berkenaan tempat kerja bina yang selamat
https://www.dosh.gov.my/index.php/ms/list-of-documents/osh-info/construction-safety/e-buletin/2020-2/3529-tapak-selamat-bil-1-2020/file

Cetak Emel