Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Poster - Keselamatan Tapak Bina

 

Kerja Mengangkat dengan Selamat
tumb 03

Langkah-langkah: 

 1. Melaksanakan penilaian risiko.

 2. Menyediakan Pelan Mengangkat dan prosedur kerja selamat. 

 3. Memastikan jentera dan perkakas atau kelengkapan untuk mengangkat berfungsi dan berkeadaan baik.

 4. Melantik personal yang terlatih dan kompeten.

 5. Mengadakan sistem permit kerja.

 6. Memantau dan menyelia kerja mengangkat pada setiap masa.

 

Kumpulan Kerja Mengangkat

1. Penyelia 

 • Melaksanakan Pelan Mengangkat.

 • Menyelia keseluruhan kerja-kerja mengangkat.

 • Memastikan pemeriksaan secara berkala perkakas dan kelengkapan mengangkat.

 • Memastikan penandaan Beban Kerja Selamat untuk perkakas atau kelengkapan mengangkat. 

2. Operator Kren

 • Disediakan dan mengemaskini buku log operator.

 • Disediakan dan mengemaskini senarai semak harian bagi komponen seperti mekanisme kawalan, suis kawalan, hos hidraulik dan aras minyak hidraulik.  

3. Juru Isyarat/ Jurutali
 • Berupaya memilih kelengkapan mengangkat yang sesuai dan selamat.

 • Berupaya untuk mengarahkan pergerakan kren dan beban.

 

 
Hirarki Perlindungan Jatuh
tumb 01

Hirarki perlindungan jatuh merupakan turutan kawalan terbaik semua bahaya. Apabila hirarki berubah, begitu pula risiko. Latihan perlindungan jatuh yang betul dan pelan menyelamat menjadi mustahak.

1. Penghapusan Bahaya
Pilihan penyelesaian terbaik adalah menghapus pendedahan kepada bahaya jatuh.

2. Sistem Kekangan Jatuh
Halangan fizikal, seperti rel pengadang di sekeliling tepian terbuka dan penutup bagi lubang (dilantai).

3. Perlindungan Jatuh Pasif
Gunakan peralatan perlindungan diri untuk mengekang julat pergerakan pekerja supaya mereka tidak boleh jatuh.

4. Sistem Penangkapan Jatuh
Direka bagi keadaan di mana pendedahan kepada jatuh tidak dapat dihapuskan. Jatuh ditangkap pada daya dan jarak kelegaan yang sesuai.

5. Kawalan Pentadbiran
Pilihan penyelesaian yang kurang digalakkan adalah melalui amalan kerja dan prosedur untuk meningkatkan kesedaran pekerja berkenaan bahaya jatuh.

 

 
Kerja-kerja yang memerlukan Permit Untuk Kerja (PTW)
tumb 04

1.  Keselamatan awam.

2.  Kerja peletupan.

3.  Kerja penyanggaan.

4.  Kerja di tempat tinggi.

5.  Kerja di ruang terkurung.

6.  Kerja di bawah beban.

7.  Kerja malam.

8.  Kerja menggunakan jentera berat.

9.  Kerja pengorekan.

10.Kerja mengangkat.

11.Kerja perobohan.

12.Kerja berhampiran talian kuasa voltan tinggi.

 

Kandungan PTW

1.  Pengenalpastian bahaya.

2.  Penilaian risiko.

3.  Langkah kawalan yang perlu untuk menghapuskan bahaya sekiranya praktikal, menilai risiko yang tidak dapat dielak dan menyatakan langkah-langkah wajar yang mengawal risiko di sumber.

4.  Menentukan siapa yang berisiko.

5.  Menyediakan PTW secara bertulis yang merangkumi: 

  1.  Tahap kompetensi dalam semua operasi dan apa-apa kemahiran dan kepakaran;
  2.  Senarai pengasingan/ langkah berjaga-jaga sebelum kerja;
  3.  Senarai aktiviti yang dilarang;
  4.  Senarai peralatan dan jentera;
  5.  Senarai peralatan perlindungan diri yang akan digunakan;
  6.  Turutan kerja;
  7.  Pelan tindakan kecemasan; dan
  8.  Senarai personel yang terlibat.

6. Mengadakan taklimat kepada pekerja yang beroperasi di bawah PTW berkenaan bahaya dan langkah-langkah kawalan. 

7. Memastikan pekerja memahami PTW dan mematuhinya. 

8. PTW haruslah dipamerkan di kawasan kerja untuk rujukan pekerja. 

9. Memastikan kawasan kerja bersih dan selamat, dan semua peranti keselamatan berfungsi dengan baik. 

 

 
Kegagalan acuan-penyangga membawa maut; setiap pemegang kewajipan kewajipan mesti bertanggungjawab.
tumb 02

Pengenalan

Acuan dan penyangga digunakan untuk membentuk dan menyokong konkrit basah kepada struktur yang dikehendaki. Formwork and falsework are used to shape and support wet concrete into required structure.

 

Tanggungjawab umum pemegang kewajipan

1. Pembina Prinsipal

• mengurus, memantau dan mengkoordinasi fasa pembinaan;
• memastikan komunikasi yang berkesan dengan klien dan pereka;
• melantik pereka, konsultan, pembina dan penyelia (orang yang ditetapkan) yang berwibawa;
• menyediakan perancangan fasa pembinaan dan menganjurkan kerjasama di kalangan pembina dan menyelaras kerja-kerja mereka;
• mengadakan dan menyelenggarakan acuan dan penyangga yang selamat;
• mengadakan sistem kerja selamat bagi penggunaan acuan dan penyangga;
• menyediakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan;
• menyediakan latihan induksi tapak;
• mengadakan kawalan keluar-masuk ke tapak;
• melibatkan pekerja di dalam isu-isu berkaitan KKP; dan
• menyediakan kemudahan kebajikan.

2. Pereka (Arkitek, Jurutera Profesional)

• Memastikan rekaan struktur adalah selamat;
• membuat apa-apa ujian, pemeriksaan dan langkah-langkah untuk mengenal pasti, menghapus atau mengawal risiko; dan
• menyediakan maklumat kepada pemegang kewajipan yang lain.

3. Pembina

• mempunyai tanggungjawab umum seperti pembina prinsipal; dan
• merancang, mengurus dan memantau kerja-kerja pembinaan di bawah skop kawalannya.

4. Pengilang, pembekal dan pengimport Manufacturer, supplier and importer

• memastikan struktur yang dikilang, dibekal atau diimport adalah selamat;
• membuat apa-apa ujian, pemeriksaan, langkah-langkah untuk mengenal pasti, menghapus atau mengawal risiko; dan
• menyediakan maklumat kepada pemegang kewajipan yang lain.

5. Pekerja

• memastikan keselamatan dan kesihatan dia dan orang lain yang mungkin terkesan dengan pekerjaan mereka;
• memakai dan menggunakan kelengkapan dan pakaian perlindungan yang disediakan oleh majikan;
• bekerjasama dengan majikannya dan pemegang kewajipan yang lain; dan
• melaporkan sebarang bahaya dan risiko kepada majikannya.


Tanggungjawab khusus pemegang kewajipan

1. Pembina Utama
• memastikan asas, lantai dan bumbung mempunyai kekuatan yang mencukupi;
• memastikan kehendak peraturan berkaitan reka bentuk, pembinaan, pemeriksaan, penyeliaan, penanggalan dan penyanggaan semula dipatuhi sepenuhnya; dan
• menepati prinsip-prinsip yang diakui umum tentang amalan baik dan selamat.

2. Pereka (Arkitek, Jurutera Profesional)
• mereka bentuk dan menyedia spesifikasi dan lukisan reka bentuk acuan-penyangga;
• menyelia pembinaan dan memastikan kestabilan struktur yang direka bentuk;
• memperakui acuan dan penyangga semula adalah selamat;
• menyediakan spesifikasi bagi penanggalan acuan dan memberi kelulusan sebelum penanggalan dimulakan;
• memastikan reka bentuk acuan mempunyai akses yang selamat untuk maksud pemeriksaan; dan
• menepati prinsip-prinsip yang diakui umum tentang amalan baik dan selamat.

3. Penyelia Acuan-Penyangga
• menyelia pembinaan acuan termasuklah penyangga, perembat dan tupang-tupang lain;
• membuat pemeriksaan menyeluruh dari semasa ke semasa;
• membuat pemeriksaan acuan, penyangga, perembat dan tupang- tupang lain semasa memasukkan konkrit;
• memastikan apa-apa keadaan yang tidak selamat yang ditemui semasa pemeriksaan dibaiki dengan segera;
• menyimpan semua rekod pemeriksaan; dan
• menepati prinsip-prinsip yang diakui umum tentang amalan baik dan selamat.

4. Pekerja/ Pemasang
• memastikan cara binaan dan pemasangan adalah selamat apabila digunakan; dan
• menepati prinsip-prinsip yang diakui umum tentang amalan baik dan selamat.

Cetak Emel